suria

Selamat tinggal 2019! Ketahui 10 lokasi happening sambutan Tahun Baharu 2020

Beberapa lokasi menarik bakal mengadakan sambutan Tahun Baharu 2020.

TAHUN 2019 bakal melabuhkan tirai buat selama-lamanya. Pastinya ketibaan Tahun Baharu 2020 akan disambut dengan penuh kegembiraan.

Ada yang sudah merancang untuk menyambut ketibaan 2020 dengan agenda tersendiri.

Tetapi bagi yang masih terfikir-fikir lokasi terbaik untuk meraikan  sambutan tahun baharu ini sambil menyaksikan percikan bunga api, apa kata anda sertai  kemeriahan di beberapa lokasi di Lembah Klang ini.

ARTIKEL BERKAITAN:  Jejak Makanan Warisan KL, Pas MyCity untuk ‘kaki makan’ dan ‘kaki travel’ sempena VM2020

Antara program-program yang bakal dianjurkan menjelang Tahun 2020;

Sambutan Tahun Baharu 2020 bakal berlangsung di Dataran Merdeka.

1. Dataran Merdeka

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) bersama Kementerian Wilayah Persekutuan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menganjurkan Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur pada 31 Disember ini.

Program yang akan bermula pada 10 pagi hingga 12.30 tengah malam di Dataran Merdeka, itu dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

'Pertunjukan Cahaya di Langit' akan menjadi pertunjukan istimewa, kemuncak untuk Kempen Melawat Malaysia 2020 dalam tempoh 10 minit dengan 11 formasi istimewa menggambarkan keunikan dan keistimewaan Malaysia di ambang 2020.


Sambutan Tahun Baharu 2020 di Sunwang Velocity Mall bakal menampilkan artis-artis terkenal tanah air.

2. Sunway Velocity Mall

Sambutan tahun baharu bakal bermula pukul 5.30 petang dengan kehadiran pelbagai food truck dan permainan untuk pengunjung.

Manakala konsert bermula pukul 10 malam dengan persembahan artis-artis tempatan termasuk Danny Khoo, Janna Nick, Hael Husaini, Insommiacks, Jieting, Juztin Lan, Deniis Yin & Dance Crew.

3. The Square, Jaya One

Persembahan DJ dan artis bermula pukul 6.30 petang hingga 1 pagi.

KidZania Kuala Lumpur turut menganjurkan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak menjelang sambutan tahun baharu.

4. KidZania KL

Sambutan bersama keluarga tersayang di KidZania Kuala Lumpur. Pelbagai porgram disediakan untuk anak-anak dan juga orang dewasa.

Acara bermula pukul 6.30 petang hingga 12 tengah malam.

5. Publika Shopping Mall

Menyambut tahun baharu bersama pelawak legenda Harith Iskander dan kawan-kawan sepanjang malam menjelang acara kemuncak pukul 12 tengah malam.

Dapatkan tiket lebih awal agar tidak terlepas untuk ketawa bersama mereka.

Desa Park City menganjurkan karval makanan sempena sambutan tahun baharu.

6. Plaza Arkadia, Desa Park City

Karvinal makanan telah berlangsung sejak 28 Disember lalu dengan menyediakan pelbagai jenis hidangan sepanjang hari. Acara kemuncak bakal berlangsung pada detik 12 tengah malam.

7. Mega Star Arena, Viva Home

Pelbagai aktiviti dan persembahan berlangsung bermula 8 malam. Tiket berharga RM10 dikenakan setiap orang dan ianya akan didermakan kepada Persatuan Insan Istimewa.

Sambutan tahun baharu dijangka bakal menerangi Sunway Lagoon sempena Tahun 2020.

8. Sunway Lagoon

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk orang ramai serta persembahan DJ terkenal seperti Hook n Sling, Tori Levett dan Woodland.

Turut disediakan sebanyak 20 vendor makanan untuk pelbagai jenis hidangan.

9. Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Program hampir satu hari itu turut menampilkan pelbagai acara menarik antaranya pertandingan e-sukan seperti ‘PubG’, ‘Call of Duty’, ‘Fifa20’ dan ‘Tekken 7’, pertandingan dron serta kendera saji yang akan berterusan hingga malam.

Turut diadakan acara Penalti Ambang 2020, ‘Netball Shootout Ambang 2020′, Beyblade yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan.

Sambutan lebih meriah apabila pada malam berkenaan turut diadakan persembahan penyanyi popular, Black Mentor, Syamel dan Ernie Zakri.

Persembahan artis-artis terkenal tanah air sebelum sambutan Tahun Baharu 2020 di KLCC.

10. KLCC

Program bakal berlangsung di Esplanade, KLCC Park bermula pukul 9 malam dengan persembahan artis-artis tanah air terkenal seperti Atilia Haron, Siti Sarah, Tasha Aleia, Hazama, Azlan and The Typewriter, Ismail Izzani, Elvira Arul Noryn Aziz dan Shalma Elyana menjelang sambutan tahun baharu.

Lokasi, Sambutan Tahun Baharu, 2020

Artikel Lain