suria

Kapal misi Gaza didatangi dron, Ardell Aryana lalui detik cemas… Tetap kuat bawa semangat anak-anak

Ardell bawa semangat anak-anak untuk teruskan misi ke Gaza.

PELAKON dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana berkongsi detik cemas apabila kapal yang dinaikinya bersama pasukan misi kemanusiaan ke Gaza dihampiri sebuah dron pada malam Khamis.

Ardell atau Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, memberitahu kejadian itu berlaku sekitar pukul 10.26 malam sehingga mereka terpaksa keluar dalam keadaan tergesa-gesa selepas diarahkan kapten kapal.

“Pukul 10.26 malam, kami terpaksa terburu-buru pakai kasut untuk keluar sebab ada dron atas kepala kami.

Ardell mohon doa agar urusan misi ke Gaza dipermudahkan.

“Doakan kami supaya kapal dinaiki dapat meneruskan misi. Kami diminta oleh kapten untuk sediakan pasport dan naik ke atas kapal,” katanya.

Ardell berkongsi perkara itu menerusi rakaman suara yang dimuat naik di media sosial Cinta Salam Malaysia pada Rabu.

Dalam pada itu, wakil Cinta Salam Malaysia menjelaskan dron berkenaan dipercayai datang sebagai pemantau dan berlegar tepat di atas bot yang membawa peserta misi.

“Alhamdulillah, semuanya selamat. Kami percaya ia hanyalah dron pemantau dari negara-negara terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana sertai misi ke Gaza, reda jika ‘tidak pulang’... “Kalau Allah izinkan syahid, itu anugerah”

ARTIKEL BERKAITAN: Genggaman sampai syurga, Zizi Kirana titip kata romantis buat Yusuf Bahrin... Selit doa pelindung orang tersayang

“Apapun, menghantar dron ke arah kapal yang membawa misi kemanusiaan adalah bentuk psikologi untuk melemahkan para peserta,” jelasnya.

Sementara itu, Ardell turut menitipkan doa agar dirinya serta pasukan yang lain terus kuat menempuh cabaran sepanjang misi berlangsung.

Malah, kata Ardell perasaan rindu terhadap keluarga terutama anak-anak dan ibunya menjadi sumber kekuatan untuk meneruskan perjuangan membantu rakyat Palestin.

“Semoga pasukan-pasukan saya dalam keadaan baik, kami terpisah dan untuk anak-anak saya, saya bawa semangat mereka untuk anak-anak di Gaza.

Ardell dan Zizi merupakan selebriti yang sertai misi ke Gaza.

“Untuk mama, insya-Allah kalau lepas masuk ke Gaza saya akan peluk anak-anak kecil di sana seperti saya peluk mama,” ujarnya.

Sebelum ini, Ardell bersama penyanyi Zizi Kirana berangkat ke luar negara bagi menyertai Misi Global Sumud Flotilla, sebuah usaha bersejarah yang menghimpunkan rakyat dunia untuk memecahkan sekatan haram rejim Israel terhadap Gaza.

Mereka berlepas pada 28 Ogos lalu menuju ke Sepanyol sebelum memulakan pelayaran ke Gaza bersama peserta lain dari pelbagai negara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain