suria

Nourul Wahab usik Ajai bagi markah rendah Big Stage 2020 - “Bunyi kat televisyen buat aku rasa nak bagi dua peratus juga!”

Nourul mendedahkan ada menerima tawaran menjadi juri program Big Stage 2020.

PENYANYI Nourul Wahab mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk terlibat dalam program realiti nyanyian Big Stage 2020 sebagai juri jemputan.

Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 41, bagaimanapun berkata dia terpaksa menolak tawaran tersebut atas alasan tertentu.

"Ada depa (mereka) panggil tapi kami (saya) tak boleh (beri komitmen) Ahad malam. Kami tak keluar malam jauh-jauh. Kami tak mahu buat, fokus dah ke lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada identiti punca Yamani Abdillah tersingkir Big Stage 2020 - “Kasihan orang asyik bandingkan awak dengan bapa”

"Faizal Tahir berkaliber... tengok sekerat (sebahagian) semalam. Berhenti lepas tu sebab bunyi kat (di) televisyen buat aku rasa nak bagi dua peratus juga! (usik-usik)," katanya menerusi ruangan komen di Instagram milik Sherry Al-Hadad.

Nourul menjawab pertanyaan seorang peminat yang mahu dia menjadi salah seorang juri jemputan Big Stage 2020.

Nourul jawab pertanyaan seorang peminat di IG Sherry.

"Harap depa panggil Nourul jadi juri jemputan selepas ni... mesti best," tulis pengikut berkenaan.

Dalam program tersebut, tiga ikon muzik dilantik menjadi juri tetap iaitu Ajai, Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah.

Setiap minggu seorang juri jemputan diundang bagi mengadili kesemua peserta yang bertanding.

Konsert minggu keempat yang bersiaran pada Ahad lalu menyaksikan penyanyi Yamani Abdillah tersingkir apabila menerima markah terendah.

Tiga juri tetap; (dari kiri) Faizal Tahir, Ajai dan Dayang Nurfaizah.

Dalam saingan kali ini, penyanyi Usop menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 86.2 peratus, diikuti oleh Fadh Majid (78.6) dan Azzam Sham (75.2).

Peserta lain yang turut layak ke minggu seterusnya ialah Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Qody Rany, Farisha Iris dan Nana Sheme.

Bagaimanapun seorang lagi peserta iaitu Sandra Dianne tidak dapat meneruskan persembahan pada minggu keempat berikutan terlibat dalam kemalangan pada Sabtu lalu.

Big Stage dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain