Charlize Theron IBU kepada aktres Charlize Theron dilaporkan mahu anaknya itu tinggalkan kekasih baharunya, pelakon Sean Penn.Showbizspy melaporkan Gerda Theron bimbang pelakon yang terkenal dengan jolokan 'kaki perempuan' itu akan mengecewakan anak perempuannya itu. Walaupun sebelum ini Gerda tidak pernah mengambil peduli tentang keakraban pasangan itu sebelum ini namun dia tidak pernah menyangka anaknya itu akan menjalinkan hubungan cinta dengan Sean.Malah Gerda mula risau apabila Sean berkunjung ke Haiti bersama bekas isterinya, penyanyi Madonna akhir tahun lalu.Laporan turut menyebut pasangan itu kelihatan mesra sepanjang berada di sana.Charlize bagaimanapun enggan mempercayai semua laporan yang didedahkan mengenai kekasihnya itu.