suria

Jennifer Lopez Putus Cinta Dengan Casper Smart

JLo dan Casper akhirnya putus cinta selepas dua tahun menjalinkan hubungan.
JLo dan Casper akhirnya putus cinta selepas dua tahun menjalinkan hubungan.
JLo dan Casper akhirnya putus cinta selepas dua tahun menjalinkan hubungan.

SELEPAS dua tahun menjalinkan hubungan cinta, akhirnya Jennifer Lopez dan kekasihnya Casper Smart dikhabarkan putus.

Menurut laporan Showbizspy, Jennifer yang juga dipanggil JLo itu merasakan dia dan Casper sudah tidak serasi dan tiada lagi perasaan kehangatan cinta dalam diri.

"JLo telah 'membuang' Casper. Mereka sering bergaduh tanpa sebab. Adakalanya JLo seperti sengaja mencari masalah dalam perhubungan itu," kata sumber.

Bukan hanya memutuskan hubungan, JLo juga tidak meninggalkan apa-apa pada Casper dan semua kemewahan yang diberi telah diambil balik.

"Dia tidak memberikan Casper apa-apa pun dan mengatakan 'kau datang dengan tangan kosong, dan kau juga harus pergi dengan tangan kosong'," tambah sumber tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain