suria

Umie Aida Reda Jika Tiada Anak Kandung

Umie Aida
Umie Aida
Umie Aida

PETALING JAYA: Pelakon Datin Umie Aida terpaksa reda seandainya tidak dikurniakan cahaya mata menerusi perkahwinan yang sudah dibina hampir tiga tahun bersama Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.

Umie atau nama sebenarnya Umi Kalsum Rahmad Ali, 40, berkata, dia tidak lagi memikirkan soal cahaya mata atau mahu melakukan sebarang usaha untuk mendapatkan anak.

"Saya sangat suka budak kecil, bila tengok anak Eja (Siti Shahrizah Saifuddin) atau anak kawan-kawan saya yang lain saya rasa tersentuh hati.

"Namun Allah tidak beri rezeki itu dan saya reda. Sekarang saya tidak fikir tentang anak. Mungkin selama ini salah saya kerana kahwin lewat," katanya kepada mStar Online.

Umie mempunyai dua anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus, 20, dan Mohd Dzulhelmy, 19.

Dalam pada itu, Umie berkata, dia gemar berlakon bersama kanak-kanak kerana dapat merasai satu suasana yang tenang dan ceria berbanding ketika bersama pelakon dewasa.

"Saya suka berlakon dengan kanak-kanak seperti dalam drama Ummi baru-baru ini kerana bagi saya ia telah memberikan saya satu perasaan yang berbeza dan bukan hanya sekadar berlakon," katanya.

Artikel Lain