suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jackie Chan Belum Bersedia Bersara

Jackie belum bersedia untuk bersara sebagai pelakon.
Jackie belum bersedia untuk bersara sebagai pelakon.
Jackie belum bersedia untuk bersara sebagai pelakon.

PELAKON aksi Jackie Chan mengakui belum bersedia untuk bersara daripada dunia lakonan dan hanya akan berbuat demikian apabila keadaan keadaan badannya sudah tidak mengizinkan.

Jackie, 59, berkata, dia sudah letih untuk menjawab soalan daripada media mengenai perkara itu dan tidak mahu lagi memberi jawapan sama seperti sebelum ini.

"Selalunya saya akan berkata tunggu lagi lima tahun untuk saya bersara dan kini umur saya akan mencecah 60 tahun dalam masa enam bulan lagi.

"Rasanya saya tidak akan bersara tetapi hanya akan berbuat demikian apabila badan saya sudah tidak lagi berupaya melakukan aksi lasak," katanya kepada contactmusic.com.

Bagaimanapun kata pelakon filem The Tuxedo itu, dengan usianya kini dia sedar dia perlu memperlahankan aktiviti lakonannya terutama dalam aksi lasak yang membahayakan kesihatannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain