suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber Kunjung Kelab Bogel

Justin dilaporkan telah mengunjungi kelab bogel di Houston, Texas.
Justin dilaporkan telah mengunjungi kelab bogel di Houston, Texas.
Justin dilaporkan telah mengunjungi kelab bogel di Houston, Texas.

PENYANYI Justin Bieber dilaporkan telah berseronok di sebuah kelab bogel di Houston, Texas dan telah meninggalkan tempat tersebut bersama seorang penari di situ.

Menurut laporan contactmusic.com, penari itu yang dikenali sebagai DiamondsR4Ever menerusi akaun twitternya pada malam Sabtu lalu mendedahkan dia bermalam dengan penyanyi berusia 19 tahun itu.

"Saya pernah menghiburkan ramai selebriti sebelum ini dan Justin adalah orang pertama yang bertindak lebih daripada sepatutnya. Ia mengejutkan.

"Tetapi kini saya adalah peminat setianya," tulis wanita berkenaan di laman Twitter.

Menurut gadis itu lagi, Justin tidak datang bersendirian sebaliknya ditemani rakannya yang juga peninju terkenal, Floyd Mayweather dan memberitahu kedua-dua lelaki itu sangat bermurah hati.

Justin sebelum ini telah mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan mengunjungi 21 kelab malam beberapa bulan lalu dan berkelakuan liar.

Bagaimanapun pengurus kelab berkenaan menafikan mereka ada menghidangkan alkohol kepada penyanyi remaja itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain