suria

Robert Pattinson Mahu Jadi Pereka Fesyen

Robert Pattinson
Robert Pattinson
Robert Pattinson

PELAKON kacak Robert Pattinson mengakui gemar memakai pakaian anggun serta mengimpikan mempunyai koleksi busana jenamanya sendiri untuk diperagakan pada minggu fesyen.

Bintang Twilight itu berkata, dia mahu mendalami bidang fesyen dan terlibat dalam industri tersebut dengan lebih serius.

Dia juga mendedahkan mempunyai buku lakaran yang penuh dengan lukisan reka bentuk pakaian.

Bekas teman lelaki Kristen Stewart menambah dia benar-benar mahu terlibat dalam industri tersebut namun malu untuk memulakannya.

Artikel Berikut

Artikel Lain