suria

Ridzuan Hashim Tegur Selebriti Muda Cepat Melatah

Ridzuan Hashim
Ridzuan Hashim
Ridzuan Hashim

PETALING JAYA: Pelakon Ridzuan Hashim menyifatkan segelintir selebriti muda terlalu cepat melatah dengan kontroversi yang dihadapi mereka.

Ridzuan, 48, berkata, menyertai dunia seni membuatkan mereka akan menjadi perhatian umum dan kelakuan diri mestilah dijaga dengan baik agar tidak meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat.

"Sepatutnya, individu yang menyertai dunia seni harus tahu 'permainan' yang bakal dilalui dan mereka mestilah pandai menangani kontroversi sekiranya terkena kepada diri sendiri.

"Apa yang saya lihat, artis-artis muda sekarang cepat sangat melatah. Mereka juga perlu ingat, profesion sebagai selebriti banyak risikonya di mana kita akan mudah naik dan jatuh tanpa diduga.

"Malah mereka tidak patut merungut dengan berita panas yang dilalui kerana ia adalah salah diri sendiri yang tidak menjaga nama baik yang ditonjolkan pada umum," tegasnya.

Tambah bekas suami Didie Alias ini, artis-artis muda juga perlu menganggap diri mereka merupakan sebuah produk kerana ia seperti perniagaan yang akan dijual kepada industri dan masyarakat.

"Nama kita adalah sejenis produk untuk diniagakan. Sekiranya produk itu terjejas dengan cerita-cerita busuk, sudah pasti orang tidak akan pandang.

"Perlu diingat, nilai dan harga diri termasuk dalam pakej seseorang artis, bukan bakat sahaja," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, penampilan Ridzuan boleh disaksikan menerusi program terbitan ntv7, Panik yang menampilkannya sebagai pengacara.

Artikel Lain