suria

Azmir Arif Bukan Raih Simpati Rakam 'Namun Ku punya Hati'

Azmir positif tahun 2013 akan memberi sinar baru kepada kerjaya nyanyiannya.
Azmir positif tahun 2013 akan memberi sinar baru kepada kerjaya nyanyiannya.
Azmir positif tahun 2013 akan memberi sinar baru kepada kerjaya nyanyiannya.

PETALING JAYA: Penyanyi Azmir Arif menolak tanggapan langkahnya merakamkan semula lagu nyanyian kumpulan Revolvers iaitu Namun Ku Punya Hati bertujuan menagih simpati peminat ekoran masalah sengau yang dihadapinya.

Azmir, 29, sebaliknya berkata, dia memilih lagu berkenaan kerana ia sesuai dengan kisah perjalanan karier seninya sepanjang lima tahun bergelar penyanyi.

"Saya bukan hendak minta simpati tetapi lirik lagu berkenaan kebetulan kena dengan apa yang tersirat di dalam hati saya dan ingin dikongsi bersama pendengar.

"Ia lebih kepada ingin berkongsi tentang dugaan, kesusahan dan kelemahan diri saya dan kebetulan lagi tersebut paling sesuai," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Dalam pada itu, Azmir memberitahu dia juga sering menyampaikan lagu tersebut semasa mengadakan persembahan sebelum ini dan penerimaan peminat sangat memberangsangkan.

"Saya sering menyanyikan lagu tersebut ketika mengadakan persembahan dan ramai yang menyarankan saya untuk merakamkan semula lagu tersebut," jelasnya.

Sementara itu, Azmir berkata, kedatangan tahun 2013 pada Selasa disambut dengan penuh semangat dan positif pintu karier nyanyiannya akan lebih berkembang.

Menurut Azmir, dia optimis dan tidak akan berputus asa walaupun sebelum ini telah mencuba pelbagai genre muzik bagi menarik perhatian peminat.

"Sepanjang lima tahun saya bergelar penyanyi tidak pernah sekali saya berputus asa kerana sedar rezeki belum berpihak kepada saya.

"Saya sentiasa positif dan yakin suatu hari nanti peminat akan menerima kekurangan yang ada pada diri saya dengan seadanya," jelasnya.

Tambah Azmir, dia juga berhasrat untuk membantu golongan kurang upaya (OKU) dalam beberapa program bagi mengesan bakat mereka dalam pelbagai bidang untuk diketengahkan.

"Membantu golongan OKU adalah menjadi cita-cita saya kerana tanpa kita sedari mereka sebenarnya mempunyai pelbagai bakat terpendam di sebalik kekurangan yang ada pada mereka," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain