suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zarina Anjoulie, Rakan Lelaki Didakwa Miliki Dadah

Zarina Anjoulie.
Zarina Anjoulie.
Zarina Anjoulie.

PETALING JAYA: Seorang pelakon wanita bersama rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan memiliki dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, yang pernah membintangi siri drama Anak Pontianak, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.

Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Haijan Omar diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Februari untuk sebutan kes. - BERNAMA.

Artikel Lain