suria

Brad Pitt & Angelina Jolie Bawa 12 Pengasuh Untuk Awasi Anak-Anak

Brad (kiri) dan Angelina bahagia bersama keluarga besar mereka.
Brad (kiri) dan Angelina bahagia bersama keluarga besar mereka.
Brad (kiri) dan Angelina bahagia bersama keluarga besar mereka.

LONDON: Pasangan pelakon Brad Pitt dan Angelina Jolie atau 'Brangelina' dilaporkan membawa 12 pengasuh bagi mengawasi enam anak mereka ketika berkunjung ke rumah pereka fesyen terkenal Donna Karan di kepulauan Caribbean, baru-baru ini.

Akhbar Daily Mail melaporkan, perkara itu dikongsikan pengarang Architectural Digest Jeffrey Slonim menerusi kemas kini di laman blognya.

“Seorang wanita berkata kepada saya, dia terdengar daripada penduduk setempat bahawa pasangan selebriti Hollywood itu kini berada di sini (Caribbean) bersama 12 pengasuh,” katanya.

New York Post pula melaporkan, keluarga besar itu turut ditemani ibu bapa Brad iaitu Jane dan William, abangnya Doug dan kakak Julie Neal berserta ahli keluarga masing-masing.

Enam anak pasangan berkenaan adalah Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Knox dan Vivienne.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain