Hafsham Tinggikan Suara Rayu Anak Seni Bersatu - Hiburan | mStar

Hafsham Tinggikan Suara Rayu Anak Seni Bersatu

Othman Hafsham
Othman Hafsham

PETALING JAYA: Pengarah filem veteran Othman Hafsham berkata dia bertindak agresif dan meninggikan suara pada program Dialog Industri Kandungan Kreatif 2012 pada Selasa kerana melepaskan kemarahannya terhadap nasib anak seni yang dibuli oleh ‘pemain-pemain gergasi’ industri hiburan.

Hafsham, 73, berkata, tindakannya yang mencetuskan kejutan dan sorakan para hadirin majlis anjuran Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG) itu merupakan saranan kepada warga seni agar bersatu hati dan menentang pembulian yang berlanjutan itu.

“Saya menjadi marah pada majlis petang tadi (petang Selasa) kerana mahu meluahkan perasaan geram yang sudah lama saya pendamkan terhadap pembulian ‘pemain-pemain gergasi’ industri hiburan kita.

“Tidak perlulah saya nyatakan secara terperinci siapa ‘pemain-pemain gergasi’ yang saya maksudkan itu tetapi orang pasti dapat mentafsir maksud saya. Selama berkecimpung dalam bidang ini, anak seni sudah dibuli dan dianiayai dengan teruk oleh mereka.

“Sebab itu saya bangkit dan meninggikan suara pada majlis itu agar warga seni bersatu menentang penganiayaan ini. Sayangnya, tidak ramai anak seni yang hadir pada majlis itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Program dialog yang berlangsung di Kompleks Studio Merdeka Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Kelang dekat sini, antaranya membincangkan hala tuju dan masa depan industri kreatif.

Ia turut membentangkan peranan dan kepentingan sesebuah persatuan dalam profesion perfileman serta panduan menulis skrip bertaraf “blockbuster” Hollywood.

Pengarah filem Mekanik itu berkata, selepas hampir 40 tahun berkecimpung dalam bidang seni, kesetiaan dan kasih sayang terhadap dunia itu tidak pernah pudar walaupun segelintir besar warga seni dinafikan hak mereka.

“Saya terus bertahan dan mahu memperjuangkan hak kami kerana saya cintakan industri ini. Terlalu banyak yang sudah industri ini lakukan untuk saya. Cuma, penyelewangan dan penganiayaan pihak tertentu ini sahaja yang perlu dihentikan.

“Sikap segelintir anak seni yang mementingkan diri dan alpa perlu dikikis. Anak seni perlu bersatu dan sepakat untuk berjuang mendapatkan semula hak-hak kita yang diperlekehkan selama ini,” katanya.

Tambahnya, antara perancangan utama yang bakal diumumkannya adalah menuntut hak pemilikan dan pengurusan stesen televisyen agar dikendalikan warga seni sendiri.

“Saya mahu stesen televisyen kita dimiliki dan dikendalikan warga seni sendiri. Biar kami yang mendapat keuntungan dan faedahnya daripada kerja dan karya yang kami hasilkan, bukannya pihak lain,” katanya.

Sesi dialog pertama disertai Ketua Pengarah Finas, Mohd Naguib Razak, Pengurus Kanan Bidang Ekonomi Utama Negara sektor Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur (NKEA CCI) Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (Pemandu) Nor Asmah Mohd Noor, aktor dan penerbit Rosyam Nor dan aktres Sofia Jane Hisham.

Sesi dialog kedua dikendalikan penulis skrip filem Jaws dan bekas Naib Presiden Writers Guild of America, Carl Gottieb.

Pengarah filem Mahadi J Murat bertindak sebagai pengerusi majlis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Iedil Putra Mahu Popular Kerana Bakat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain