suria

Isma (AF7) Sedia Dikritik Selepas Jadi Pengarah Filem

Isma mengambil tindakan berani untuk mengarahkan filem Sofazr The Movie..Jiwa Kacau. Foto SHAARI CHEMAT
Isma mengambil tindakan berani untuk mengarahkan filem Sofazr The Movie..Jiwa Kacau. Foto SHAARI CHEMAT
Isma mengambil tindakan berani untuk mengarahkan filem Sofazr The Movie..Jiwa Kacau. Foto SHAARI CHEMAT

PETALING JAYA: Penyanyi Isma (AF7) sudah bersedia menerima kritikan selepas membuat keputusan menjadi pengarah untuk filem pertamanya Sofazr The Movie... Jiwa Kacau, yang akan ditayangkan pada 27 September ini.

Isma atau nama sebenarnya Ismaliza Ismail berkata, walaupun tidak berpengalaman dalam industri perfileman, dia percaya percubaan pertamanya mengarahkan filem itu bersama pelawak Tauke (Jambu) dapat mempercepatkan pengetahuannya dalam bidang berkenaan.

"Walaupun saya tahu ada beberapa perkara yang tidak sempurna pembikinannya, saya percaya filem ini mampu menarik perhatian penonton yang mahukan sebuah filem komedi yang ringan dan mudah difahami.

"Malah dengan kos pembikinan yang hanya RM800,000, bagi saya, hasil filemnya sudah bagus. Tambah pula kebanyakan krew produksi adalah orang yang baru ingin menjinakkan diri di bidang perfileman.

"Selagi tak cuba, kita tak tahu kemampuan diri. Malah saya sendiri anggap mengarah filem ini adalah satu kerja gila kerana tiada pengetahuan untuk mengarah, tetapi ingin membuktikan yang saya juga boleh dan sedia terima kritikan," katanya yang ditemui selepas tayangan perdana filem Sofazr The Movie...Jiwa Kacau di Cathay Cineleisure, dekat sini, Isnin.

Tambah kakak kepada penyanyi Tomok ini, dia juga sangat berpuas hati dengan hasil kerja pertamanya itu, lebih-lebih lagi kerjasama dengan Tauke.

Filem Sofazr The Movie... Jiwa Kacau mengisahkan tentang sekumpulan anak muda iaitu Sofazr yang terlalu sibuk dengan pertunjukan pentas sehingga terpaksa mengadu kepada pengurus mereka iaitu Zack (Zul 2by2) bahawa mereka penat dan mahu berehat.

Bagaimanapun, Zack telah membeli ubat tradisional daripada Pak Mastur (Hamdan Senario) dengan harapan dapat mengubati keletihan mereka. Malangnya setelah minum ubat tersebut, mereka telah hilang ingatan dan telah dihantar ke pusat pemulihan Jiwa Kacau.

Antara pelakon lain yang turut terlibat ialah Saiful Apek, yassin Senario, Tauke, Jepp (Sepahtu), Ar Badul, Hamid Ghurka, Mamat (Sepah), Ilya (Senario), Hermantino, Leez dan Adda (Butterfly).

Kata Isma lagi, walaupun filem tersebut menampilkan pelawak-pelawak hebat yang mampu menyuntik elemen komedi pada filem tersebut, kehadiran Sofazr yang merupakan teraju utama dalam filem itu masih lagi tidak tenggelam dengan kehadiran pelakon profesional lain.

"Filem ini mengisahkan tentang Sofazr dan merekalah peneraju utamanya. Walaupun diakui beberapa pelawak kelihatan lebih menonjol, Sofazr telah memberikan kerjasama yang terbaik untuk watak mereka.

"Jadi, tiada isu Sofazr menumpang populariti sesiapa di sini atau tiada pelakon yang lebih atau kurang menonjol dalam Sofazr The Movie... Jiwa Kacau," tegasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain