suria

Lastik Pelita, Pengalaman Nakal Rizal (AF5) Beraya

Rizal bakal menyambut hari raya di Sarawak selama lima hari.
Rizal bakal menyambut hari raya di Sarawak selama lima hari.
Rizal bakal menyambut hari raya di Sarawak selama lima hari.

PETALING JAYA: Bekas bintang Akademi Fantasia ke 5 (AF5), Rizal Ayub menceritakan pengalaman zaman kanak-kanaknya agak nakal apabila dia dan rakan-rakan gemar melastik pelita di kawasan rumah jirannya.

Rizal atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub, 25, berkata, memori itu akan terimbau apabila mengenangkan kenakalan dirinya semasa menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

"Biasalah masa kecil-kecil nakal dan aktiviti yang paling digemari adalah melastik pelita rumah orang yang dipasang pada halaman rumah.

"Saya dan rakan-rakan akan melakukan aktiviti itu selepas balik daripada sembahyang terawih," ujarnya kepada mStar Online.

Rizal turut memberitahu, kemeriahan Hari Raya di kampungnya di Sarawak cukup berbeza dengan di Semenanjung dan keistimewaan itu membuatkan dia sentiasa teruja untuk kembali menyambut Syawal di tempat kelahirannya.

Tambah Rizal, setiap kali tiba Hari Raya, dia juga sentiasa ternanti-nantikan masakan istimewa ibunya dan memberitahu menggemari rendang daging.

Dalam pada itu, Rizal yang sudah pun mengikat tali pertunangan dengan Maria Mohd Harun memberitahu akan berkunjung ke rumah wanita itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

"Saya dan Maria bakal bernikah pada tahun hadapan dan ia adalah masa untuk kami saling mengenali keluarga dengan lebih baik," katanya.

Sementara itu, Rizal memberitahu dia menghabiskan masa cuti Hari Raya selama lima hari di Sarawak sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjanya.

Dalam perkembangan lain, Rizal baru sahaja selesai penggambaran telefilem “Bertemu Kasih” bersama Zizan Nin dan Juliana Ibrahim.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain