suria

Ramadan Buat Shaheizy Sam Lebih Insaf

Shaheizy Sam
Shaheizy Sam
Shaheizy Sam

PETALING JAYA: Pelakon Shaheizy Sam menganggap tempoh 30 hari berpuasa memberinya ketenangan kerana dalam masa itu dia berjaya meninggalkan terus kesibukan dunia seni.

Sam, 30, berkata, sepanjang Ramadan masanya dihabiskan dengan beramal serta memenuhi undangan meraikan anak-anak yatim dan juga orang-orang tua.

“Saya rasa tenang kerana sepanjang Ramadan masa saya dihabiskan untuk melakukan kerja-kerja amal. Saya menolak semua tawaran berlakon kerana mahu berehat pada masa itu,” katanya kepada mStar Online di sini.

Sam berkata, selama ini dia bekerja tanpa henti malah masa untuk dia berehat juga amat terhad semata-mata mencari rezeki.

Bagaimanapun dalam tempoh 12 bulan bekerja itu, tidak salah baginya memperuntukkan masa selama sebulan untuk melupakan seketika kesibukan jadualnya sebagai seorang artis.

Kata Sam, apa yang dapat dipelajarinya sepanjang Ramadan lalu ialah menilai segala kelemahan diri apatah lagi ketika bersama golongan yang kurang bernasib baik.

Dia juga amat bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang sempurna berbanding anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa sementara orang tua-tua pula tidak dipedulikan anak-anak mereka.

“Kekurangan pada orang lain banyak memberi keinsafan kepada saya dan Ramadan kali ini menjadikan saya seorang yang benar-benar insaf,” katanya.

Sementara itu bercerita mengenai sambutan Syawal pada tahun ini Sam memberitahu dia sekeluarga akan berada di Sandakan, Sabah pada Hari Raya ketiga bersama-sama kakaknya iaitu pelakon Zizie Ezette yang menyambutnya bersama suami Datuk Bung Mokhtar Radin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain