suria

Aizat Amdan Sambut Syawal Di London

Aizat mengambil kursus pendek selama tiga bulan di London bermula pada hari raya pertama.
Aizat mengambil kursus pendek selama tiga bulan di London bermula pada hari raya pertama.
Aizat mengambil kursus pendek selama tiga bulan di London bermula pada hari raya pertama.

PETALING JAYA: Penyanyi Aizat Amdan tidak berasa sedih apabila terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan tahun ini selepas mengambil keputusan untuk mengikuti kursus selama tiga bulan dalam bidang muzik di London.

Aizat yang akan berangkat pada 1 Syawal (esok) berkata, pemergiannya ke negara itu turut ditemani oleh bapa Datuk Amdan Mat Din dan abangnya, Anas Amdan yang akan tinggal bersamanya selama sepuluh hari.

"Tidak berasa sedih kerana pemergian saya diturut ditemani oleh bapa dan abang. Sekurang-kurangnya saya dapat menyambut Syawal bersama mereka di negara orang.

"Mereka akan tinggal bersama saya sebelum saya dapat menyesuaikan diri di negara orang," ujarnya kepada mStar Online.

Aizat akan mengambil kursus tersebut di Garnish School of Music.

Dalam pada itu, Aizat berkata, dia memilih London untuk mengikuti kursus itu kerana penglibatan pensyarah yang merupakan komposer dan ‘orang kuat’ kepada kumpulan yang diminatinya seperti Coldplay dan Gozilla. "Bukan mudah untuk bertemu dengan komposer-komposer terkenal ini dan ini adalah peluang keemasan saya. Sebab itu juga saya tidak kisah terpaksa menyambut Hari Raya di perantauan kerana langkah saya itu berbaloi," jelasnya.

Bagaimanapun kata Aizat, selain faktor tersebut, pemergiannya ke London adalah untuk memajukan diri sebagai artis, komposer dan penulis lirik dan berharap ilmu yang dipelajarinya akan membantu meningkatkan taraf industri muzik tempatan.

Sementara itu, Aizat berharap sepanjang kursus itu nanti dia akan mendapat ilham untuk mencipta beberapa lagu untuk dibawa pulang ke tanah air.

"Persekitaran dan suasana baru harap-harap dapat memberi ilham kepada saya untuk menghasilkan lagu baru," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain