suria

'Pembunuh' Michael Jackson Derita Di Penjara Daif

Conrad Murray.
Conrad Murray.
Conrad Murray.

TERKURUNG dalam penjara benar-benar membuatkan Conrad Murray menderita apabila berada dalam bilik kurungannya yang daif.

Murray yang didapati bersalah kerana menyebabkan kematian penyanyi Michael Jackson ini mahu dipindahkan ke sel penjara yang lebih baik kerana ingin mendapatkan udara bersih.

Tidak hanya itu, lelaki yang berusia 59 tahun ini turut mengeluh apabila pakaian dalamnya hanya dapat ditukar sebulan sekali.

Murray juga bimbang akan diserang penyakit tumor otak kerana keadaan penjara yang dianggap menjijikkan itu.

"Keadaan di dalam penjara akan membunuh saya," ungkapnya.

Sebelum ini, bekas doktor peribadi kepada penyanyi tersebut mengadu makanan yang disediakan tidak sesuai dengan diet bagi seorang manusia.

Dia pernah memberitahu dia bukannya ingin mendapatkan simpati orang awam tetapi bersuara bagi semua banduan yang tinggal di penjara dalam keadaan yang menakutkan.

Murray dijatuhi hukuman penjara kerana didapati bersalah menyuntik sejenis ubat penenang iaitu propofol secara berlebihan kepada Michael.

Namun dia tetap berkeras bahawa dirinya tidak bersalah sehingga menyebabkan kematian penyanyi itu. - The Sun

Artikel Lain