suria

Miley Cyrus Lupa Cukur Bulu Kaki

Miley Cyrus.
Miley Cyrus.
Miley Cyrus.

PELAKON dan penyanyi Miley Cyrus mengakui terlupa untuk mencukur bulu kakinya saat melakukan aksi intim bersama pasangannya Douglas Booth menerusi filem LOL.

Miley memberitahu dia sebelum itu telah melakukan pelbagai persediaan sebelum memasuki set penggambaran namun terlepas pandang untuk mencukur bulu kaki sendiri.

"Ini adalah pertama kali saya akan melakonkan babak intim dan boleh terlupa untuk mencukur bulu kaki. Ia sangat memalukan," katanya.

Kedua-dua pelakon itu kali pertama bergandingan dalam sebuah filem sementara Douglas adalah seorang aktor dari London.

"Douglas sangat baik dan lucu malah loghat Inggerisnya yang sangat kuat cukup seksi," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain