suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Album Adele Terjual Sebanyak 9 Juta Unit Di AS

Adele.
Adele.
Adele.

PENYANYI Adele boleh tersenyum lebar apabila album keduanya berjudul 21 kini telah mencecah jualan sebanyak sembilan juta unit di Amerika Syarikat (AS) sahaja.

Kejayaan tersebut menjadikan albumnya itu tersenarai sebagai album ke-29 yang pernah mencapai prestasi luar biasa di negara berkenaan.

Album itu turut berada pada kedudukan 10 teratas selama 64 minggu carta Billboard dan ia dijangka bakal memecah rekod Alanis Morissette menerusi album Jagged Little Pill yang masih memegang rekod sepanjang 72 minggu.

Dua single daripada album itu juga iaitu Rolling in the Deep dan Someone Like You turut berada di kedudukan teratas carta Billboard selama berminggu-minggu.

Adele telah berjaya menerima enam anugerah Grammy tahun ini termasuk album terbaik atas kejayaan album tersebut.

Artikel Lain