suria

Aktor 'Teminator 3' Yang Hilang Dakwa Dirinya Masuk Pusat Pemulihan

Nick Stahl
Nick Stahl
Nick Stahl

WASHINGTON: Aktor filem Terminator 3, Nick Stahl yang dilaporkan hilang hampir seminggu yang lalu telah menghantar kiriman emel kepada rakan-rakannya yang menyatakan dia berada dalam keadaan selamat.

Stahl mengesahkan kehilangannya itu adalah kerana dia mendaftarkan diri ke pusat pemulihan.

Laman web TMZ.com melaporkan pada Jumaat (waktu tempatan), beberapa sumber berkata aktor berusia 32 tahun itu telah menghantar kiriman emel kepada rakan-rakannya dan memohon maaf kerana telah menimbulkan kebimbangan ekoran kehilangannya itu.

Stahl memberitahu dia kini sedang menjalani rawatan pemulihan dan tidak akan dapat dihubungi untuk tempoh sebulan.

Bagaimanapun, isterinya Roseann Murphy Stahl yang melaporkan kehilangan aktor itu pada 14 Mei lalu, tidak termasuk dalam senarai penerima kiriman emel tersebut.

“Saya lega tetapi dalam masa yang sama berasa ragu-ragu jika dia benar-benar berada di pusat pemulihan,” katanya kepada People Magazine.

Wakil kepada Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) berkata kes kehilangan aktor itu masih dalam siasatan kerana kiriman emel itu adalah bukti yang tidak mencukupi untuk pihak polis menutup kes berkenaan.

Artikel Lain