suria

Kim Kardashian Masih Mencintai Reggie Bush

Kim Kardashian
Kim Kardashian
Kim Kardashian

BEKAS pegawai publisiti bintang realiti, Kim Kardashian mendakwa, Kim masih mencintai bekas kekasihnya, bintang NFL, Reggie Bush dan perkahwinannya bersama Kris Humphries adalah palsu.

Jonathon Jaxson yang pernah bekerja dengan bintang itu dari tahun 2007 hingga 2009 berkata, perkahwinan mereka hanyalah untuk mendapatkan publisiti daripada media dan peminat.

Ditemu bual ketika muncul dalam program Good Day LA, Jaxson berkata, dua minggu sebelum perkahwinan itu berlangsung, Kim telah tahu bahawa keputusan untuk mengahwini Kris adalah salah.

"Malangnya mereka terikat dengan kontrak dengan rangkaian E! yang merakamkan detik perkahwinan mereka atau mereka akan menanggung akibat daripada perkara itu," katanya.

Artikel Sebelum

Sentuhan Puitis J.Cole

Artikel Berikut

Aizat Ungguli AIM18?

Artikel Lain