suria

Rafidah Lebih Selesa Jadi Penulis Skrip

Rafidah fokus pada penulisan skrip. Foto LIM CHENG KIAT
Rafidah fokus pada penulisan skrip. Foto LIM CHENG KIAT
Rafidah fokus pada penulisan skrip. Foto LIM CHENG KIAT

KUALA LUMPUR: Pengacara Rafidah, 35,mengakui rindu untuk mengendalikan program berbentuk gaya hidup wanita seperti yang pernah dilakukannya dalam program 3R yang telah pun berakhir pada tahun 2001.

Rafidah berkata, mengacara program tersebut adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan tambah pula bekerjasama dengan rakan-rakan seperjuangannya, Tini, Celina dan Azah Yazmin. Ia membuatkan program tersebut lebih kuat dengan input idea masing-masing.

"Saya rindukan 3R serta rakan-rakan seperjuangan saya yang kini sibuk dengan hal masing-masing, kami jarang berjumpa.

"Diakui, selepas 3R saya dah kurang mengambil tawaran mengacara lebih-lebih lagi selepas tamat pengajian dalam bidang penulisan di Universiti Goldsmith, London. Cuma kalau ada tawaran yang menarik, apa salahnya kita cuba," katanya.

Bagaimanapun menurut Rafidah, jiwanya lebih gemar melakukan kerja-kerja penulisan dan justeru itu dia lebih selesa memberikan fokus kepada penghasilan penulisan skrip drama dan filem.

"Rasanya sejak tamatnya program 3R, saya lebih selesa menulis skrip. Mungkin, kerana kesibukan menulis skrip juga membuatkan saya tiada masa mengendalikan mana-mana program," kata pengacara Clever! Edisi Malaysia di Astro TVIQ.

Tambah Rafidah, selepas menghasilkan skrip bagi filem Gol dan Gincu dan Pisau Cukur, dia juga baru sahaja menyiapkan skrip filem Istanbul Aku Datang yang kini sedang menjalani penggambaran di Istanbul, Turki.

"Setakat ini saya banyak menghasilkan skrip berbentuk cinta komedi. Sampaikan orang dah 'cop' saya penulis skrip cinta sahaja.

"Teringin juga nak hasilkan skrip berbentuk seram dan aksi. Harap-harap pada masa akan datang saya akan tampil dengan skrip genre berbeza pula," selorohnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain