suria

Video Anne Dari Doha, Qatar

Wajah terbaru Anne sewaktu merakamkan video dari Doha, Qatar baru-baru ini. - Foto ihsan Hot FM
Wajah terbaru Anne sewaktu merakamkan video dari Doha, Qatar baru-baru ini. - Foto ihsan Hot FM
Wajah terbaru Anne sewaktu merakamkan video dari Doha, Qatar baru-baru ini. - Foto ihsan Hot FM

BUAT julung kalinya, Hot FM memuat naik video yang dikirimkan daripada Anne yang kini berada di Doha, Qatar. Video tersebut boleh ditonton oleh semua peminatnya sejak 24 September lalu di laman web Facebook Hot FM.

Anne atau nama sebenarnya Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli mengirimkan salam Rayanya dari perantauan. Dengan berlatar belakangkan keindahan kota Doha, Anne yang manis bertudung merakamkan ucapannya.

“Hello, Assalamualaikum. Rindunya kat korang semua. Apa-apa pun Anne dah selamat berada di Doha, Qatar.

“Anne juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Jika ada tersilap kata, minta ampun. Kita jumpa lagi,” katanya penuh ceria.

Semasa rakaman video itu dibuat, Anne akui cuaca di sana agak panas tetapi suasana dan pemandangan di situ begitu cantik dan indah sekali.

Anne terpaksa meninggalkan stesen radio Hot FM kerana mengikut suaminya, Nik Mahathir Zainuddin yang bekerja di Doha. Dia berangkat ke Doha pada 25 Ogos lalu dan dijangka menetap di sana selama lima tahun.

Anne bertudung litup sejak 12 Julai lalu iaitu setelah kembalinya dari berbulan madu. Sesuai dengan penampilan barunya itu, Anne merancang untuk membuat perniagaan pakaian muslimah seperti jubah dan tudung secara dalam talian tidak lama lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain