suria

Demi Moore, Ashton Kutcher Enggan Bercakap Soal Kecurangan

Demi Moore
Demi Moore
Demi Moore

MENJELANG lima tahun usia perkahwinan selebriti, Demi Moore dan Ashton Kutcher, mereka menolak ketika ditanya tentang hubungan rumah tangga yang sering dihimpit kontroversi kecurangan ini.

Malah rakan-rakan baik mereka juga memberitahu hubungan pasangan ini masih seperti dahulu biarpun sering dilanda gosip.

"Demi dilihat sentiasa bersama Kutcher biarpun gosip kecurangan sedang tersebar. Kutcher sering datang di set penggambaran menemani isterinya itu.

Menurut sumber, jurang usia 15 tahun sering menjadi isu pergaduhan dan penyebaran gosip-gosip liar terhadap hubungan rumah tangga mereka.

"Entah mengapa saya sering berfikir tentang perbezaan usia yang menyebabkan hubungan mereka sering dilanda badai," ujar rakan dari dalam industri.

Menurutnya, ketika pernikahan pasangan ini lagi sudah terdengar desas-desus tentang hal-hal kecurangan, namun ia berjaya ditepis.

Malah pasangan ini juga enggan melayan dan memperbesarkan isu=isu tersebut di hadapan media.

Artikel Sebelum

Yusry Tak Mahu Kalah Dengan Edry?

Artikel Berikut

Artikel Lain