suria

"Ahmad Durrah" Pengubat Rindu Peminat Rusdi Ramli

Drama 13 episod Ahmad Durrah mula disiarkan pada 17 September lalu, setiap hari Jumaat jam 9 malam.
Drama 13 episod Ahmad Durrah mula disiarkan pada 17 September lalu, setiap hari Jumaat jam 9 malam.
Drama 13 episod Ahmad Durrah mula disiarkan pada 17 September lalu, setiap hari Jumaat jam 9 malam.

IKUTI liku-liku perjalanan kehidupan seorang lelaki tabah yang hanya ingin mencari sedikit sinar keredhaan dalam kebahagiaan walaupun tidak putus dilanda pelbagai dugaan menerusi slot Zehra di TV3.

Drama berjudul Ahmad Durrah ini arahan Raja Ahmad Alaudin. Ia mula disiarkan pada 17 September lalu, setiap hari Jumaat pukul 9 malam.

Pastinya para peminat yang merindui lakonan mantap Rusdi Ramli akan teruja dengan kemunculannya memegang watak utama sebagai Ahmad Durrah di dalam drama bersiri 13 episod ini.

Drama ini juga menampilkan barisan pelakon tidak kurang hebatnya seperti Nabila Huda, Siti Shahrizah (Eja), Nelly, Normah Damanhuri, Qazem Nor, Jalil Hamid, Bell Ngasri, Hafizudin yang kini sudahpun menemui semua penonton setia setiap Jumaat malam.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, berbeza dengan pelbagai slot drama di TV3, Zehra menekankan nilai kekeluargaan, taat kepada ibu bapa, kasih sayang antara adik-beradik dan juga cinta sejati.

“Slot Zehra juga menyerapkan nilai-nilai keislaman dan menggalakkan amalan hidup secara harmoni. Kisah cinta turut menjadi elemen yang amat penting untuk melengkapkan sesebuah drama bagi menarik minat tontonan seisi keluarga.

“Jika dilihat, konsep untuk drama Ahmad Durrah ini sebenarnya adalah sangat ringkas dan mudah difahami.

"Tetapi hasil interpretasi dan olahan yang kreatif daripada pengarah dilengkapi dengan lakonan hebat dan komitmen padu daripada barisan pelakon, drama ini sarat dengan jalan cerita serta dialog yang berkesan,” katanya.

Drama terbitan Global Station ini mengisahkan suka-duka kehidupan Ahmad Durrah yang terus berubah setelah jatuh ditimpa tangga.

Sedih dan tertekan selepas diisytiharkan muflis oleh mahkamah dan kehilangan jawatan, Ahmad Durrah dikejutkan pula dengan permintaan isterinya, Mira yang mahukan perceraian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain