suria

FFM23 Terima 191 Penyertaan

FFM23 akan diadakan di SACC pada 24 Oktober ini. Foto TheStar oleh AZHAR MAHFOF
FFM23 akan diadakan di SACC pada 24 Oktober ini. Foto TheStar oleh AZHAR MAHFOF
FFM23 akan diadakan di SACC pada 24 Oktober ini. Foto TheStar oleh AZHAR MAHFOF

SHAH ALAM: Setelah sebulan Festival Filem Malaysia yang ke 23 (FFM23) ditangguh, acara kemuncak bagi industri filem Malaysia itu akan diadakan pada 24 Oktober ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Festival yang bertujuan meraikan penggiat filem itu telah menerima sebanyak 191 penyertaan secara keseluruhan mengikut kategori iaitu sebanyak 29 penyertaan bagi Filem Cereka, Filem Pendek (67), Filem Animasi(15) dan Filem Dokumentari sebanyak 80 pernyertaan.

Menurut Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim, tahun ini tiada penyertaan bagi kategori Filem Digital kerana tidak sampai lima penyertaan yang diterima.

"Lagipun banyak filem-filem digital yang dibuat bertukar kepada filem. Tetapi dari segi penyertaan pula, ia agak memuaskan.

"Cuma Filem Animasi yang agak kurang memandangkan ia bukan mudah untuk dihasilkan kerana sekurang-kurangnya penghasilan animasi boleh disiap dalam jangka masa setahun.

"Bagi Filem Dokumentari pula, penyertaannya menggalakkan, berbeza dengan tahun lepas iaitu 60 penyertaan sahaja," katanya pada sidang akhbar FFM23 di SACC di sini, Jumaat.

Perasmian FFM23 akan diadakan pada 20 Oktober ini di Centre Atrium e@Curve Damansara, Selangor. Pada keesokann hari pula acara Tayangan Perdana pula diadakan.

Bagi sesiapa yang ingin menonton filem secara percuma, Tayangan Umum diadakan pada 22 dan 23 Oktober ini di tiga pawagam iaitu MBO Ampang, TGV Wangsawalk dan Klang.

Sebelum Malam Anugerah, pelbagai aktiviti akan diadakan seperti Apresiasi Filem serta acara sampingan seperti Bengkel dan Pembentangan Kajian Penonton.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain