Adzrin Azhar Tak Kisah Dikata Ketinggalan Zaman - Hiburan | mStar

Adzrin Azhar Tak Kisah Dikata Ketinggalan Zaman

Adzrin Azhar Foto-UTUSAN
Adzrin Azhar Foto-UTUSAN

MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapakah penyanyi bernama Azdrin Azhar, namun wanita berusia 25 tahun ini sebenarnya sudah lama bertapak dalam industri muzik tempatan.

Sejak berumur 16 tahun lagi Azrin telah berjinak-jinak dalam dunia nyanyian, dia pernah berduet dengan Fazley Yaakob dalam sebuah lagu berjudul Tapi Dia.

Namun begitu hajat menjadi penyanyi terpaksa ditangguhkan kerana ingin menyambung pelajaran dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan.

Kini Adzrin muncul semula dengan sebuah single berjudul Pujaan Malaya. Biarpun kembali dengan lagu berirama 70-an, Adzrin yakin trend pendengar muzik sekarang sudah berubah.

"Pertama sekali memang saya peminat lagu lama-lama, walaupun kita sekarang disumbat dengan lagu baru tapi saya masih lagi hidup dengan lagu-lagu seperti ini.

"Selain itu saya mahu beri warna dalam industri hiburan kita dengan bawa semula muzik lama pada era baru ini. Malah album yang bakal keluar nanti juga akan memuatkan enam lagu dengan genre yang sama," katanya.

Selain itu menurut Azdrin lagu tersebut mendapat maklum balas yang positif dikalangan pendengar dan radio stesen.

"Lagu ini sebenarnya sudah lama sejak tahun 2007 iaitu soundtrack untuk filem Dia Datang. Tapi atas sebab tertentu filem tersebut masih belum siap jadi saya jadikan single terbaru saya.

"Mulanya takut juga dengan penerimaan pendengar tapi dari apa yang saya lihat banyak radio stesen yang sudah mula mainkan lagu-lagu lama.

"Dari situ saya mula yakin ramai yang boleh terima lagu ini. Alhamdulillah kini saya dengar ia sering dimainkan di corong radio tempatan. Malah ada yang lebih kenal lagu saya tapi tidak tahu siapa yang menyanyikannya," ujarnya.

Menurut Adzrin dia tidak takut dianggap ketinggalan dari peredaran muzik semasa. Baginya dia berbangga kerana dapat menghidupkan kembali muzik lama.

"Kalau nak fikir tentang persaingan memang kita akan takut untuk berada dalam industri ini. Tapi saya hanya ingin mencuba dan mewarnai sedikit dunia seni tempatan kita.

"Saya tidak kisah jika ramai yang kata saya ketinggalan zaman. Bagi saya selagi ada yang mendengar, selagi itu saya akan bertahan membawa lagu-lagu sebegini," katanya.

Artikel Sebelum

Yusry Tak Mahu Kalah Dengan Edry?

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain