suria

Batal Saman, Linda Sedia Diganding Dengan Fahrin

Linda Onn
Linda Onn
Linda Onn

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn tidak berhasrat untuk terus “berperang” dengan bekas kekasihnya Fahrin Ahmad di mahkamah selepas pelakon itu membuat keputusan menarik balik samannya terhadap Linda.

Linda yang dihubungi mStar Online Khamis berkata, keputusan yang dibuat Fahrin itu menyebabkan dia juga mengambil tindakan serupa untuk kepentingan bersama.

“Disebabkan dia (Fahrin) nak tarik saman dia terhadap Linda, maka Linda rasa masalah itu biarlah habis di situ saja. Anggaplah tak ada apa-apa kes. Sebelum ini dia yang hendak tarik Linda ke mahkamah, jadi Linda terpaksa pertahankan diri,” katanya.

Pada 25 Januari lalu Fahrin membuat sidang media untuk menyaman Linda kerana wanita itu dikatakan telah melakukan fitnah termasuk menuduh Fahrin sebagai kaki pukul.

Bagaimanapun beberapa bulan lalu Fahrin membatalkan hasratnya untuk meneruskan saman terhadap pengacara itu.

Jelas Linda dia berharap masalah berkenaan tidak terus berpanjangan kerana hidupnya sekarang semakin tenang tanpa ada apa-apa masalah berat yang perlu ditanggung.

Di tanya adakan dia sudah bersedia untuk digandingkan dengan Fahrin sekiranya diperlukan untuk sesuatu rancangan televisyen, Linda berkata dia tidak ada masalah dan boleh bersikap profesional.

Ujarnya sebagai seorang selebriti dia bersedia memikul apa juga tugas dan tidak sesekali akan mencampuradukkan urusan peribadi dan juga kerjaya.

Lagipun ujar Linda antara dia dah Fahrin tiada apa-apa kaitan lagi dan mereka sudah membawa haluan masing-masing.

“Kalau ada orang tawarkan saya untuk bekerja dengan dia, saya tak ada masalah asalkan saya dibayar upahnya cukuplah,” katanya.

Ujar pengacara ini lagi kehidupannya sudah berubah dan dia banyak menghabiskan masa lapangnya dengan melakukan aktiviti luar yang membolehkan dia bertemu dengan kawan-kawan baru.

Mengenai tugasnya sebagai penyampai Suria FM, Linda menjelaskan dia amat teruja apabila jumlah pendengar stesen radio itu semakin meningkat selain konsert Suria FM yang diadakan di Putrajaya minggu lalu mendapat sambutan yang luar biasa.

“Ia menunjukkan pencapaian Suria FM di tempat Linda cari makan sekarang ini,” katanya.

Adakah Linda sudah bertemu dengan lelaki baru dalam hidupnya, wanita ini secara jujur menjelaskan dia tidak terlalu memikirkan perkara itu.

Kalau ditakdirkan dia bertemu jodoh, Linda akan menerimanya dengan hati terbuka tetapi sekiranya perkara itu tidak berlaku, ia bukanlah satu masalah besar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anak Mahu Janggut Brad Pitt

Artikel Lain