suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ash Jumpa Ustaz Selepas Bercerai Dengan Dira

Ash dan Dira ketika menyertai program Sehati Berdansa
 Ash dan Dira ketika menyertai program Sehati Berdansa
Ash dan Dira ketika menyertai program Sehati Berdansa

ANGGOTA kumpulan Bau, Ash bangkit semula selepas kes penceraiannya dengan aktres Dira Abu Zahar hangat diperkatakan sekitar April lalu.

Komposer berusia 27 tahun itu juga akui bukan mudah untuk melupakan kisah silamnya memandangkan dia pernah menyintai wanita itu sebelum ini.

Tetapi itu dulu, semasa baru berpisah. Kini, hatinya sudah boleh menerima hakikat bahawa wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu bukan jodohnya lagi.

Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid bercerai dengan Dira pada 8 April lalu.

Kedua-dua mereka adalah pasangan yang menyertai program Sehati Berdansa terbitan Astro.

Rumah tangga pasangan itu bertahan selama empat tahun dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tengku Anggun Deandra.

Biarpun sengsara akibat peristiwa itu, Ash berkata dia perlu bangkit dan meneruskan kehidupan untuk dirinya dan anaknya.

Dia juga ada mendapatkan nasihat daripada pakar agama Islam untuk lebih bermuhasabah diri.

“Saya rasa teruk juga waktu saya menderita selepas kecewa dengan perkahwinan kami. Sekarang, saya bersyukur sebab Tuhan masih sayangkan saya dan memberikan peluang untuk saya mengubah diri sendiri.

“Selepas saya diperkenalkan oleh seorang kawan kepada seorang ustaz, banyak perkara yang saya belajar dan saya semakin menerima hakikat bergelar seorang duda.

“Ustaz banyak membantu saya menjadi seorang yang berguna dan belajar tentang kehidupan. Selain itu, dia ada berkata bahawa Tuhan sedang menguji saya dan akan memberikan yang lebih baik kepada saya selepas ini,” ujarnya penuh ceria ketika ditemui di Menara Star, Rabu.

Bukan sahaja jiwa dan kehidupannya yang berubah, malah Ash juga melakukan satu anjakan dalam kariernya.

Kini dia bergelar pengurus kepada artis baru bernama Amirah Ali yang dikenalinya sejak empat tahun lalu.

Daripada perkenalan di laman sosial Facebook, hubungan mereka semakin akrab sebagai artis dan pengurus.

Ditanya mengenai statusnya sekarang, Ash berkata dia lebih selesa hidup solo dan menumpukan kepada kerjayanya untuk menaikkan nama Amirah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia