suria

‘Hooperz’ Satu Buku Pelajaran Untuk Saya- Intan Nor Saina

Intan (kiri) bersama-sama para pelakon Hooperz yang lain.
Intan (kiri) bersama-sama para pelakon Hooperz yang lain.
Intan (kiri) bersama-sama para pelakon Hooperz yang lain.

SEBUT saja nama Intan Nor Saina, mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan wanita itu. Namun jika menyebut nama Atylia yang dipopularkan menerusi filem Hooperz, mungkin baru ada yang mengangguk-angguk kepala.

Ternyata lakonannya dalam filem itu memberikan tuah dan kesan bermakna kepada Intan. Bukan sahaja dia lebih dikenali malah penonton mula menilai dan membuka mata tentang bakat lakonan yang ada.

Intan akui watak Atylia dekat dengan jiwanya, jadi sebab itu dia tidak teragak-agak untuk menerima tawaran untuk berlakon filem itu.

Banyak perkara yang dipelajari olehnya. Malah Intan menganggap Hooperz ibarat buku pelajaran untuknya.

“Saya dapat belajar menyelami watak sedih kerana sebelum ini saya tak pernah menangis depan orang ramai. Filem ini juga banyak mengajar saya untuk bermain emosi dingin dan gembira.

“Alhamdulillah, produser dan pengarah banyak membantu saya dalam selok-belok lakonan,” katanya kepada mStar Online.

Jika diikutkan, telah lama dia menceburi industri hiburan ini namun ditanya tentang bila dia mula serius, Intan berkata sejak hujung 2008. Sebelum Hooperz, dia pernah muncul dalam drama Korban 44 dan Lima.

“Selepas filem Hooperz, baru saya betul-betul serius berlakon.Terus-terang, saya tidak malu mengatakan filem itu merupakan filem pertama saya memegang watak utama.

“Saya menerima untuk berlakon filem itu kerana saya sukakan konsep filem itu bercorak sukan. Walaupun pada mulanya saya rasa takut untuk melakonkan watak utama, namun akhirnya saya dapat kurangkan perasaan itu dengan menganggapnya sebagai cabaran,” ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain