KAWAN-KAWAN Katie Price atau lebih mesra disapa Jordan mendakwa mengetahui nama perogol Jordan yang juga selebriti dalam satu serangan pada 2003.
Gadis glamor itu pada awalnya berjanji tidak akan mendedahkan identiti 'perogol' itu. Bagaimanapun, Jordan menamakan perogol itu di hadapan rakan sekerjanya semasa sesi penggambaran 'What Katie Did Next' daripada stesen ITV2.
"Dia (Jordan) menceritakannya kepada saya. Katanya, seorang selebriti pernah merogolnya. Katanya, dia sangat kasar dan mendesak," media memetik seorang kawan Jordan sebagai berkata.
"Katie meminta saya agar jangan memberitahu sesiapa, tetapi dia telah memberitahu ramai orang. Jadi, saya fikir sudah sampai masanya untuk dia mendedahkan segala-galanya.
"Saya menjangka polis akan mengetuk pintu rumah saya pada bila-bila masa," tambah kawan Jordan.


