suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dhani salahkan KD kerana perceraiannya dengan Maia

BEKAS anggota kumpulan 'Ratu', Maia Estianty tidak berapa gemar mendengar bekas suaminya, Dhani mengaitkan perceraian rumah tangganya adalah disebabkan oleh Krisdayanti (KD).

Maia menganggap ucapan Dhani, ketua kumpulan popular Dewa, itu sebagai tidak wajar.

Namun ucapan Dhani itu sedikitpun tidak menjejaskan persahabatan Maia dan KD. Maia, yang juga seorang wartawan dan ibu tiga anak, tetap menegaskan penyebab perceraian rumah tangganya adalah kerana konflik dalaman keluarga.

Maia tidak mahu KD dilibatkan dalam kegagalan rumah tangganya.

Hubungan Dhani dan Maia sekali lagi menjadi perhatian media pada lebaran tahun ini. Ini adalah kerana, Maia masih tidak dapat menemui ketiga anaknya. Pastinya naluri Maia terusik dan begitu rindu sekali.

Ketika solat hari raya, Maia mohon agar diketemukan dengan anak-anaknya. Maia juga berharap hati Dhani akan lembut dan membenarkan dia menemui anak-anaknya.

Artikel Lain