suria

Beraya bersama Nabil di Perth

Nabil dan kekasihnya Irma Hasmie selepas diumumkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular 2008.
Nabil dan kekasihnya Irma Hasmie selepas diumumkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular 2008.
Nabil dan kekasihnya Irma Hasmie selepas diumumkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular 2008.

BULAN Syawal penuh kemeriahan ini perlu disambut oleh semua golongan masyarakat tidak mengira pangkat dan darjat bersesuaian dengan tagline ‘Riang Ria Raya TV9’.

Antara program menarik sempena Aidilfitri di TV9 yang disiarkan adalah 'Ketupat Rendang Kopi O', 'Enot Rayalah Pulak', 'Studio Nabil Beraya di Perth', 'Gitar Raya', 'Cerita Hantu Malam Raya' dan 'Raya Sedondon'.

'Ketupat Rendang Kopi O' disiarkan pada Hari Raya pertama, 21 September, dan Hari Raya kedua, 22 September, 8 pagi. Ia membawakan pengisian yang sedikit berlainan sempena Aidilfitri ini antaranya persembahan istimewa lagu-lagu raya nostalgia 70-an dan 80-an Datuk Ahmad Jais dan kemudiannya akan berlintas langsung di Masjid Negara untuk Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.

Seterusnya ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi liputan Rumah Terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di samping itu, penyampaian hadiah kuiz 'Ketupat Rendang Kopi O' di Sri Pentas yang menawarkan pakej umrah untuk dua orang.

Pada Hari Raya kedua pula, penonton dapat menyaksikan selebriti jemputan menunjukkan kebolehan mereka memasak juadah-juadah istimewa dan antara selebriti yang dijemput adalah penyanyi terkenal Datuk Khadijah Ibrahim, Chef Nazri yang merupakan anak kepada chef terkenal, Chef Wan, pemenang LG Mystar Wana dan juga keluarga pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam.

Untuk Hari Raya ketiga pula akan bertemakan duit raya di mana ianya akan diraikan bersama-sama anak-anak yatim dari Rumah Nur Hikmah, Kajang.

Selain itu, pada program kali ini anak-anak ini berpeluang untuk mendapatkan tips-tips berguna untuk menabung daripada Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Antarabangsa Permodalan Nasional Berhad, Jamiah Abd Ahmad.

Telefilem 'Enot Rayalah Pulak' yang akan bersiaran pada raya kelima, 24 September, pukul 1 petang ini.

Cerita yang dilakonkan oleh Shamsul Ghau Ghau, Aliza Abdullah, Norlia Ghani, Sharifah Shahora, Sheila Rusly dan Isma Aliff ini mengisahkan tentang Onah yang berkahwin dengan Jonet. Enot pula bertunang dengan Salleh. Oni masih tidak puas hati dan mahukan Salleh.

Salleh membawa Enot ke kedai jahit untuk menempah baju pengantin bersama Abang Mas.

Cik Odah pula sibuk menghantar jemputan kahwin anaknya kerana Enot akan berkahwin semasa Hari Raya Aidilfitri.

Enot terkejut apabila ibunya tiba-tiba bertanya tentang Abang Gendut. Ini kerana Abang Gendut adalah abang sepupu kandung kepada Enot.

Dan sejak kecil lagi, mereka amat rapat. Mereka terpisah sewaktu Abang Gendut pergi belayar atas kapal sebagai tukang masak.

Salleh cemburu kerana Enot melayan Abang Gendut dengan mesra. Dalam masa yang sama Oni menghasut Abang Gendut dengan menyatakan Salleh menaruh perasaan dengan Oni. Adakah mereka akan dapat menyelesaikan kemelut ini?

'Studio Nabil Beraya di Perth' mengisahkan tentang Nabil mengajak Seri pergi bercuti ke Perth, Australia. Mereka berdua amat secocok dan mula berangan-angan ke mana mereka akan pergi semasa mereka di Perth nanti.

Macam-macam yang mereka rancangkan sehingga mereka sanggup tidak tidur kerana tidak mahu melepaskan peluang bercuti di Perth.

Program ini akan disiarkan pada raya keempat dan kelima, 23 dan 24 September, 4.30 petang.

Program 'Gitar Raya' ini mengenai Uncle Hussain Meet Hujan yang kini dinanti-nantikan oleh penonton iaitu dua kumpulan yang berlainan muzik band di dalam konsert istimewa khas pada Hari Raya ini.

'Cerita Hantu Malam Raya' pula akan disiarkan pada Hari Raya kedua sehingga Hari Raya kelima nanti.

Drama bersiri ini mengisahkan tiga rakan yang telah lama tidak berjumpa dengan abang angkat mereka akan pulang berhari raya bersama–sama di kampung pada Aidilfitri kali ini.

Bermulanya satu pertandingan apabila mereka terpaksa menceritakan pengalaman paling menyeramkan.

Salah seorang daripada mereka akan dapat menunaikan segala permintaan yang dihajati sekiranya memenangi pertandingan tersebut.

Drama komedi bersiri ini menampilkan lakonan mantap oleh Yus, Danny X-Factor, Munir Phyne Ballerz dan Bell Ngasri.

Smentara itu, cerita 'Raya Sedondon' mengenai Siti dan Maria merancangkan majlis perkahwinan anak-anak mereka, Imran dan Ratna.

Siti mahukan konsep tradisional manakala Maria mahukan konsep moden sesuai dengan gaya hidupnya.

Drama ini membariskan pelakon Abby Abadi, Hasnol Rahmat, Kartina Aziz, Norlia Ghani dan Zami Ismail.

Antara program lain:

Meriahnya Anak Ramai- Raya pertama, 20 September, 3.30 petang

Suatu Hari Di Hari Raya- Raya pertama, 20 September, 6.30 petang

Peluang Kedua- Raya pertama, 20 September, 5.36 petang

Pondok Pondok Raya- Raya pertama, 20 September, 8.30 malam

Halaqah Raya- Raya pertama, 20 September, 9.30 malam

Ceplos Beraya- Raya pertama, 20 September, 1 petang

Kuliah Aidilfitri- Raya kedua, 21 September, 6 pagi

Apa Ke Halnya? Raya Special- Raya kedua, 21 September, 10 pagi

The Making Of Kembara Gadis Melayu Aidilfitri- Raya kedua, 21 September, 12.30 tengah hari

Enal- Raya kedua, 21 September, 1 petang

Kembara Gadis Melayu di Afrika- Raya kedua, 21 September, 3 petang

Nak Duit Raya- Raya kedua hingga keempat, 21 hingga 23 September, 4 petang

Satu Hari Di Hari Raya- Raya kedua, 21 September, 4.30 petang

Perang Rendang Lagi- Raya kedua hingga keempat, 21 hingga 23 September, 6.37 petang

Memori Terasing- Raya kedua dan ketiga, 21 dan 22 September, 7.07 petang

Serunding Dodol- Raya ketiga dan keempat, 22 dan 23 September, 3 petang

The Making of Os Beraya di Oz- Raya ketiga, 22 September, 3.30 petang

Os Beraya di Oz- Raya ketiga, 22 September, 12.05 petang

Semprit Tak Bergula- Raya ketiga, 22 September, 1 petang

The Making Of Studio Nabil Beraya Di Perth- Raya keempat, 23 September, 3.30 petang

Baju Raya Istimewa- Raya keempat, 23 September, 1 petang

Lambaian Syawal- Raya keempat, 23 September, 7.07 petang

Idola Kecil Cinderella Story- Raya keenam & ketujuh, 25 & 26 September, 4.30 petang

Cerita Hantu Malam Raya- Raya kedua sehingga kelima, 21 hingga 24 September, 8.36 malam

Abang Mak Panggil Balik- Raya kedua, 21 September, 9 hingga 10.36 malam

Takbir Rindu- Raya ketiga, 22 September, 9 hingga 10.36 malam

Madu Oh Madu- Raya keempat, 23 September, 9 hingga 10.36 malam

Raya Sedondon- Raya kelima, 24 September, 9 hingga 10.36 malam

Artikel Berikut

Artikel Lain