Jin Notti berjaya menarik satu juta penonton pada hari pertama - Hiburan | mStar

Jin Notti berjaya menarik satu juta penonton pada hari pertama

Fara Fauzana sebagai 'Notti' dalam filem 'Jin Notti'.-foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN SENIN
Fara Fauzana sebagai 'Notti' dalam filem 'Jin Notti'.-foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN SENIN

KUALA LUMPUR: Hampir sejuta penonton telah menonton filem yang dinanti-nantikan sempena Hari Raya Aidilfitri, Jin Notti, pada hari pertama tayangannya di 70 pawagam di seluruh negara semalam.

Ketua Pemasaran dan Peruncitan KRU Studios, Ayu Ramli berkata syarikatnya mensasarkan satu juta penonton pada hari pertama dan yakin sasaran ini telah dicapai.

Beliau juga berkata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim amat gembira dan bersyukur dengan kejayaan filem ini yang dibintangi oleh Mawi, Farah Fauzana, Cat Farish dan lain-lain.

Jin Notti merupakan kisah seorang jin perempuan yang baik hati dan jujur menyebabkan semua jin marah terhadapnya kerana sikapnya itu seperti melanggar etika jin-jin.

Filem yang diterbitkan oleh KRU Studios ini dijangka ditayangkan selama dua minggu dan selepas itu, dipasarkan ke seluruh negara dalam bentuk cakera serba guna digital dan cakera padat video (DVD & VCD). BERNAMA

Artikel Sebelum

Farawahida sedia memaafkan Julfekar

Artikel Berikut

Nadia AF6 'rock' di Amsterdam lepas Raya

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi