PERSAHABATAN antara Raja Pop Michael Jackson (MJ) dan Lionel Richie nampaknya diteruskan oleh anak perempuan masing-masing.
Anak perempuan Richie, Sophia dan anak perempuan Jackson, Paris kini adalah kawan rapat selepas bermain bersama-sama pada satu hari Sabtu sebelum MJ meninggal dunia.
Richie, 60, begitu teruja mengetahui Sophia dan Paris sangat akrab.
Laporan media memetik Richie sebagai berkata: "Michael dan saya ingin merapatkan perhubungan mereka berdua. Kebetulan Sophia dan Paris bermain bersama-sama pada Sabtu sebelum Michael meninggal dunia. Itu adalah perjumpaan mereka yang pertama."
"Kami bertemu di belakang pentas dan Sophia serta Paris berkawan baik selepas itu."


