suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Oprah bercakap mengenai kesunyian MJ

Oprah Winfrey mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin rancangan televisyennya "Oprah". Ia disiarkan dari Central Park, New York pada 18 September 2009. -Foto REUTERS
Oprah Winfrey mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin rancangan televisyennya
Oprah Winfrey mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin rancangan televisyennya "Oprah". Ia disiarkan dari Central Park, New York pada 18 September 2009. -Foto REUTERS

PENGACARA terkenal Oprah Winfrey yang pernah menemuramah arwah Michael Jackson (MJ) pada tahun 1993 mendedahkan Raja Pop itu sebenarnya kesunyian.

Dalam temuramah itu, MJ bercakap mengenai zaman kanak-kanak, pembedahan plastik dan kisah cintanya.

Media memetik penyanyi yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu itu sebagai berkata: "Objektif saya, pada pendapat saya, adalah sedaya upaya memberikan apa-apa yang terbaik."

Sambil membicarakan pengakuan MJ itu, Oprah berkata, "saya terkejut dia sanggup berbuat demikian. Sekarang baru saya faham betapa sunyinya MJ.

"Saya dengar dan rasa kesunyiannya tetapi saya tidak sedar betapa sunyinya MJ."

Oprah juga memberitahu terdapat nada 'takut dan sedih' dalam suara MJ ketika Raja Pop itu bercakap tentang zaman kanak-kanaknya.

Menurut Oprah, selain itu, MJ memberitahunya dia ingin disayangi di mana saja dia berada.

Dalam dunia hiburan, seorang selebriti berkemungkinan mengalami kesunyian apabila menjadi popular. Itulah yang berlaku kepada Raja Pop.

Artikel Berikut

Artikel Lain