suria

Megan Fox label kuasa seksualnya, 'kuasa ghaib'

Megan Fox bergambar semasa tayangan perdana filem, 'Jennifer's Body' di Hollywood pada 16 September 2009. -Foto REUTERS

SELEBRITI Megan Fox percaya berbadan seksi hampir sama seperti mempunyai kuasa ghaib.

"Ia adalah pelik, seakan-akan suatu yang ghaib," media memetik Fox sebagai berkata.

Bintang filem 'The Transformers' memberitahu dia mengagumi kuasa yang datang daripada seksualiti.

Kata Fox: "Pada permulaannya, saya berpendapat ia adalah terlalu berlebih-lebihan kerana budak-budak perempuan terdedah dengan seksualiti melalui media, industri hiburan dan pengiklanan."

"Jadi apabila anda sedar anda mempunyai kuasa yang dimiliki oleh sesetengah wanita, ia adalah menakutkan dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan kuasa itu.

"Saya rasa anda tidak mungkin berasa selesa dengannya," kata Fox.

Artikel Berikut

Artikel Lain