suria

Rupert Everett: "Lebih baik MJ mati awal sebelum konsertnya!"

Pelakon British Rupert Everett ketika di Princess Anne Theatre di London. foto-AP
Pelakon British Rupert Everett ketika di Princess Anne Theatre di London. foto-AP
Pelakon British Rupert Everett ketika di Princess Anne Theatre di London. foto-AP

WALAUPUN ahli-ahli keluarga, kawan-kawan dan jutaan peminat dari segenap pelosok dunia masih meratapi kematian mengejut Raja Pop, Michael Jackson namun seorang insan tidak berfikiran sedemikian.

Rupert Everett - bintang filem 'St Trinian's' dan 'My Best Friend's Wedding' - berpendapat Jackson adalah lebih baik mati awal sebelum siri 50 konsertnya di London.

"Saya rasa kematiannya adalah secara kebetulan. Dia sepatutnya terlibat dalam 50 konsert di London.

"Tidak kira betapa baik atau buruk persembahan Jackson, dia tidak mungkin dapat menjayakan kesemua konsert tersebut.

"Apatah lagi, media akan 'menghancurkan' Jackson," ujar Rupert.

Everett yang menyediakan suara latar untuk filem 'Prince Charming', membandingkan Jackson dengan satu karakter dalam filem animasi.

Menurut Everett, Jackson ialah insan yang agak pelik dan menyamai karakter 'Shrek'.

"Sebenarnya dia ialah penyanyi kembara berwarna hitam bertukar menjadi putih," Everett memberitahu media.

Dakwa Everett, kes mahkamah berhubung dakwaan Jackson mencabul kehormatan kanak-kanak telah lama "membunuhnya".

Michael Jackson, 50, menghembuskan nafas terakhir selepas sakit jantung di rumah agam sewanya di California beberapa minggu sebelum siri 50 konsertnya.

Kematian mengejutnya masih diselubungi misteri.

Artikel Lain