suria

'24' dipilih sebagai drama TV yang 'Paling Diketagihi'

Kiefer Sutherland sebagai Jack Bauer pada tayangan perdana "24: Day 7". -foto FOX.
Kiefer Sutherland sebagai Jack Bauer pada tayangan perdana
Kiefer Sutherland sebagai Jack Bauer pada tayangan perdana "24: Day 7". -foto FOX.

JANGAN terperanjat jika di luar negara ada anugerah drama TV yang 'Paling DiKetagihi.'

Drama '24' diundi sebagai siri drama TV yang ramai peminat menurut satu tinjauan yang dibuat yang melibatkan 3000 peminat filem dan drama TV.

Mengikut keputusan tinjauan yang dibuat oleh sebuah laman web itu, drama tersebut menungguli carta dengan undian sebanyak 19 peratus.

Drama tersebut berkisar tentang Jack Bauer seorang yang bekerja di unit Anti Pengganas, Los Angeles.

Siri TV 'Lost' menduduki tempat kedua dengan jumlah undian sebanyak 17 peratus dan diikut drama komedi 'Friends' dengan 10 peratus.

"Drama TV seperti '24' mempunyai plot dan aksi yang mendebarkan sebab itu kita mahu terus mengikuti jalan ceritanya," kata Pengurus Komunikasi laman web yang membuat tinjauan itu, Darren Bignell.

Berikut merupakan senarai siri drama TV 'paling popular':

1. 24 - 19 peratus

2. Lost - 17 peratus

3. Friends - 10 peratus

4. Heroes - sembilan peratus

5. The Wire - tujuh peratus

6. Dr Who - enam peratus

7. CSI - lima peratus

8. Prison Break - empat peratus

9. The Sopranos - tiga peratus

10. Sex and the City - dua peratus .

Artikel Lain