suria

Jennifer Aniston hantar nota istimewa pada John Mayer

Jennifer Aniston dikatakan masih belum dapat melepaskan bekas kekasihnya, John Mayer - foto AFP
Jennifer Aniston dikatakan masih belum dapat melepaskan bekas kekasihnya, John Mayer - foto AFP
Jennifer Aniston dikatakan masih belum dapat melepaskan bekas kekasihnya, John Mayer - foto AFP

NAMPAKNYA Jennifer Aniston masih belum dapat 'melepaskan' bekas kekasihnya, John Mayer.

Khabar angin mengatakan aktres itu kembali menghubungi penyanyi itu dan turut menghantar nota yang diletakkan pewangi dan mengandungi kata-kata semangat.

Aktres itu yang berpisah dengan Mayer pada April lalu dikatakan menghantar mesej tersebut di bilik persalinan Mayer, sebelum penyanyi itu membuat persembahan.

Menurut sumber: "Jennifer menghantar nota tersebut sebelum mengadakan salah satu konsertnya baru-baru ini. Memang menarik...ternyata dia masih sukar untuk lepaskan John."

Tambahnya: "John tidak menunjukkan sebarang minat terhadap wanita lain setelah perpisahan itu. Siapa tahu, mungkin ini bukan penghujung kisah cinta mereka."

Artikel Lain