suria

Reynolds: Berlakon dengan Sandra Bullock macam "pandu Ferrari"

Aktres Sandra Bullock (kiri) dan aktor Ryan Reynolds tiba di tayangan perdana filem "The Proposal" yang diadakan di Teater El Capitan. Hollywood, California pada 1 Jun, 2009.
Aktres Sandra Bullock (kiri) dan aktor Ryan Reynolds tiba di tayangan perdana filem
Aktres Sandra Bullock (kiri) dan aktor Ryan Reynolds tiba di tayangan perdana filem "The Proposal" yang diadakan di Teater El Capitan. Hollywood, California pada 1 Jun, 2009.

AKTOR Ryan Reynolds menyifatkan lakonan bersama aktres Sandra Bullock umpama "memandu kereta Ferrari".

Baru-baru ini, mereka berdua melakukan penggambaran untuk filem "The Proposal".

Filem 'The Proposal" berkisar kepada bos zalim yang mendapatkan bantuan penolongnya agar dia tidak diusir ke Kanada.

Ryan amat teruja bergandingan dengan Bullock dalam projek tersebut.

"Keserasian sebegini sukar dicipta atau dilakukan bersama. Soalnya ia wujud atau tidak. Dan berlakon bersama-samanya umpama memandu kereta Ferrari di set penggambaran," katanya kepada satu sumber baru-baru ini.

Bullock juga turut memuji Reynolds.

Artikel Lain