suria

Muka birthday boy Riz di'makeover' jadi tepung gomak

Riz begitu terharu bila peminat setia sanggup berkorban tenaga dan wang ringgit untuk memastikan sambutan hari jadinya meriah.(Foto oleh RIZ-ANGELS).
Riz begitu terharu bila peminat setia sanggup berkorban tenaga dan wang ringgit untuk memastikan sambutan hari jadinya meriah.(Foto oleh RIZ-ANGELS).
Riz begitu terharu bila peminat setia sanggup berkorban tenaga dan wang ringgit untuk memastikan sambutan hari jadinya meriah.(Foto oleh RIZ-ANGELS).

PASTI di kala ini Riz dan para peminat Riz masih terbayang-bayang kemeriahan ulang tahun ke-22 yang diadakan dengan jayanya bertempat di Corus Paradise Resort, Port Dickson.

Majlis anjuran kelab peminat Riz atau dikenali sebagai Riz-Angels (www.rizfc.forumotion.com) telah disertai oleh 35 peminat Riz di mana sasarannya merupakan para peminat di Kuala Lumpur dan selatan tanahair.

Agak lama kami tidak berkongsi cerita aktiviti kelab peminat Riz dan Nadia sama ada RIZ-ANGELS mahupun RIANZ.

Sempena dengan sambutan ulangtahun Riz yang ke 22 pada 19 Disember, ahli kelab peminat Riz telah mengadakan 2 majlis ulangtahun beliau di Port Dickson dan juga Ipoh.

Tujuan utama diadakan dua majlis yang berasingan adalah untuk mengumpul lebih ramai peminat Riz yang berada di utara dan juga selatan tanahair.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, walaupun Riz kemungkinan agak kepenatan memenuhi dua undangan sekaligus dari Port Dickson terus ke Ipoh dan kemudiannya habis acara terus pulang ke Kuala Lumpur semula untuk undangan show keesokkannya, beliau terus menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap sokongan ahli kelab peminatnya. Majlis yang diadakan di Port Dickson itu telah dihadkan penyertaannya bagi memberi peluang kepada para peminatnya untuk beramah mesra dengan lebih dekat dengan penyanyi kesayangan mereka, Riz AF6. Majlis yang bermula pada jam 5 petang diserikan dengan pelbagai acara sukaneka dan di akhiri dengan permainan bola tampar yang turut disertai oleh Riz.

Acara diteruskan di sebelah malamnya dengan majlis makan malam bertempat di tepian pantai resort.

Kelihatan santai, Riz yang dibawa masuk ke khemah majlis dengan mata ditutup tergamam seketika tatkala kain penutup matanya dibuka. Nyanyian beramai-ramai “Happy Birthday” untuk Riz oleh para peminatnya merupakan kemuncak majlis pada malam itu.

Riz kelihatan sungguh terharu dan tidak henti-henti mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada kelab peminat dan para peminat yang banyak menyokong kerjaya seninya sejak beliau keluar dari rancangan realiti TV popular, Akademi Fantasia 6. Upacara malam itu diteruskan dengan pelbagai acara menarik membuatkan tetamu tidak lekang dari tempat duduk masing-masing seperti berkaraoke bersama Riz, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah untuk acara di sebelah siang.

"Birthday Boy" Riz juga tidak menghampakan peminatnya dengan mendendangkan 3 lagu. Penutupan majlis menjadi gamat apabila Riz di "kenakan" dengan make over tepong gomak sebelum upacara tangkap gambar beramai-ramai dengan semua peserta yang hadir. Berlari-lari Riz dikejar para peminatnya apabila upacara membaling tepung dimulakan. Penghargaan tidak terhingga kepada semua yang terlibat khususnya para peserta dan pihak penaja. Kepuasan jelas terpampang di setiap wajah individu yang terlibat sama memeriahkan majlis pada malam itu.

"To know him is to love him", sesungguhnya sikap Riz yang sentiasa merendah diri, menghormati orang di sekelilingnya dan pandai melayan peminatnya menjadikan beliau terus mendapat sokongan dan penyertaan ahli-ahli baru di kelab peminatnya bertambah dari masa ke semasa. Apa yang diharapkan, semoga perjalanan karier Riz terus maju gemilang dan seiring dengan doa dari setiap peminatnya di serata tanahair. Majlis di Port Dickson diteruskan pula oleh satu lagi majlis ulangtahun yang diorganisasikan oleh Riz-Angels Ipoh pada 20 Disember 2008.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain