suria

Australian Network bersiaran 24 jam secara eksklusif di Astro 521

Bananas in Pyjamas dari Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi. Berhibur bersama B1 dan B2, Rat-in-A-Hat yang nakal serta tiga ekor patung beruang iaitu Amy, Lulu dan Morgan.
Bananas in Pyjamas dari Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi. Berhibur bersama B1 dan B2, Rat-in-A-Hat yang nakal serta tiga ekor patung beruang iaitu Amy, Lulu dan Morgan.
Bananas in Pyjamas dari Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi. Berhibur bersama B1 dan B2, Rat-in-A-Hat yang nakal serta tiga ekor patung beruang iaitu Amy, Lulu dan Morgan.

Bermula 20 Disember 2008, Australia Network (AN) boleh ditonton secara eksklusif di Pakej Berita Astro menerusi Saluran 521 secara berterusan selama 24 jam setiap hari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Rohana Rozhan "Dengan adanya Australia Network (AN) menerusi saluran Astro, kami membawakan terus kepada anda berita dan hiburan yang penuh informasi kepada rakyat Malaysia setiap hari selama 24 jam tanpa henti.

"AN adalah merupakan sebahagian daripada Pakej Berita Astro yang menawarkan pelbagai program yang menampilkan berita dari dalam dan luar negara serta isu-isu semasa selain daripada saluran lain seperti CNN, BBC World, Al-Jazeera English, The Astro News Channel, CNBC Asia dan Bloomberg Television," katanya.

Selain itu, penonton juga berpeluang untuk mengikuti laporan berita daripada program tempatan seperti yang ditawarkan oleh Pakej Keluarga Astro seperti Astro Awani, Bernama TV dan CCTV9.”

AN menawarkan barisan program yang unik yang akan melaporkan berita bebas serta isu semasa yang boleh dipercayai, dokumentari berkualiti bertaraf dunia, hiburan hebat dan sukan.

Tidak ketinggalan juga program kanak-kanak yang popular serta program pembelajaran bahasa Inggeris turut akan disiarkan menerusi saluran ini.

Astro dan Australian Network amat komited dalam usahanya untuk memastikan agar kandungan saluran ini bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia.

Untuk menarik minat penonton, Australian Network juga turut memperkenalkan sari kata dalam Bahasa Malaysia menerusi kepelbagaian program yang mempunyai genre yang berbeza-beza.

Selain daripada itu, AN juga akan meneroka peluang baru untuk memastikan pembangunan program kanak-kanak dan pembelajaran yang berkualiti tinggi sejajar dengan perlancaran Kampus Astro.

December 2008 Join Australia for Breakfast Isnin hingga Jumaat, 3 pagi

Berdurasi selama 3 jam, ABC News Breakfast ialah sebuah program yang membuat liputan tentang berita kebangsaan, analisis, perdebatan, isu kewangan, sukan dan cuaca di Australia.

Pasukan News Breakfast adalah terdiri daripada Virginia Trioli, Barrie Cassidy dan Joe O’Brien selaku hos bersama, Ben Worsley selaku wartawan Canberra, penyampai sukan Paul Kennedy dan juga Vanessa O’Hanlon selaku penyampai laporan cuaca.

Painting Australia Rabu, 6.30 petang Khamis, 12 pagi dan 2 petang

Painting Australia ialah sebuah program yang akan membawa anda untuk melawat tentang seni di seluruh Australia.

Saksikan penampilan tiga artis yang berlainan setiap minggu kerana mereka akan menunjukkan kehebatan untuk ‘melukis’ pemandangan lanskap yang istimewa di kawasan tempatan.

Siri ini akan memaparkan tentang seni, sejarah, budaya, kesusasteraan, seni bina pembangunan, pengembaraan dan meneroka kawasan terpencil yang terpilih di Australia.

The Lion Man 23 Disember Selasa, 6 petang dan 8.30 malam

Dengan lebih 30 jenis kucing yang bertempat di Zion Wildlife Gardens, Craig Busch akan menyediakan sebuah habitat yang besar di savana yang mempunyai keluasan 7 ekar – membolehkan kucing-kucing tersebut berkeliaran dengan selamat.

Siri Lion Man 3 akan membawa anda untuk mengikuti dengan lebih dekat pelbagai aksi hebat seperti; ketibaan harimau kumbang; lawatan istimewa oleh pasukan All Blacks; perjalanan Craig Busch ke South Africa untuk mendapatkan tiga ekor singa putih. Pastikan anda mengikuti Craig kerana beliau akan ke safari Lion Man yang bertempat di Tanzania.

January 2009 Great Australian Albums 22 Januari, Khamis 7.30 malam & 11 malam

Siri dokumentari ini akan membawa anda di sebalik tabir penciptaan empat album karya agung. Nantikan juga sorotan yang memaparkan perjuangan peribadi artis-artis tersebut. Wa$ted 1 Januari, Isnin, 6.30 petang

WA$TED: Ialah sebuah program yang membuktikan bahawa anda tidak perlu menjadi ekstrem untuk bergelar pencinta alam. Daripada ladang ulat dan kawasan tadahan air hujan hingga ke tenaga solar, program menarik penuh informasi ini akan menukar kebiasaan seluruh isi rumah yang selama ini tidak mementingkan alam sekitar kepada kawasan lindungan hijau tanpa perlu menelan belanja yang tinggi.

Ini dilakukan dengan mengira penghasilan karbon seisi rumah ataupun jejak-eco menggunakan Kalkulator-Eco yang unik. Keseronokan bermula apabila keluarga-keluarga ini cuba mengurangkan ukuran tersebut dengan bantuan dan nasihat daripada pakar.

The Art of War 20 Januari, Setiap Rabu, 6.30 petang

Dalam The Art of War, Betty Churcher menerusi perspeksifnya yang unik akan membawakan anda untuk mendalami tentang seni yang telah mendapat inspirasi atau didorong oleh pembabitan dalam pelbagai konflik sepanjang abad yang lalu.

Membawa anda ke dari Perang Dunia yang pertama hingga ke “war on terror”, program ini akan mendedahkan tentang penerimaan ke atas perang yang telah berubah secara dramatik dan bagaimana trauma kesan daripada peperangan telah mengubah seni itu sendiri. Program ini bersifat penerokaan dunia seni secara peribadi.

Australia Network (Saluran Astro 521) Program Utama

News Hour bersama Jim Middleton Isnin hingga Khamis jam 10 malam

News Hour bersama Jim Middleton akan memaparkan detik pelbagai peristiwa utama yang berlaku, sesi diskusi dan perbincangan bersama barisan panel yang terdiri daripada para pengulas dan pakar serta meninjau isu-isu tentang pandangan dan perspektif mengenai Australia dan Asia.

Business Today Setiap hari jam 6.30 pagi, 7.30 pagi dan 8.30 pagi

Saksikan Business Today untuk mengetahui perkembangan terbaru tentang perspektif berita perniagaan di Australia dan Asia. Home & Away Isnin hingga Jumaat jam 5.30 petang Setiap Sabtu bermula jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi

Dibintangi oleh Jessica Tovey dan Bobby Morley, Home & Away memaparkan tentang kehidupan, kasih sayang, kebahagiaan dan keperitan yang dilalui oleh para penduduk di Summer Bay, iaitu sebuah pekan kecil di tepi pantai yang bertempat di New South Wales.

All Saints Setiap Selasa jam 9 malam

Saksikan drama perubatan popular yang mengisarkan tentang pengalaman para pekerja di sebuah jabatan kecemasan iaitu Wad 17. Turut membintangi siri drama ini termasuklah Judith McGrath dan Tammy Macintosh.

Nexus Isnin hingga Jumaat jam 11 pagi

Dihoskan oleh personaliti terkenal Tania Nugent, Nexus ialah sebuah program pendidikan unik yang berkisarkan tentang kehidupan dan budaya rakyat Australia. Program ini sesuai bagi sesiapa yang ingin memperbaiki bahasa Inggeris mereka.

English Bites Isnin hingga Jumaat, 11.30 pagi dan 4 petang

Ketahui dengan lebih lanjut tentang alam persekitaran, sains, kesihatan dan isu sosial di samping mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih mendalam.

Program ini akan mengajar untuk bertutur dalam bahasa Inggeris menggunakan perbendaharaan kata dan pengucapan yang betul serta pembinaan struktur bahasa tersebut.

Great Outdoors Setiap Sabtu jam 12.30 petang Wartawan penyiaran Great Outdoors yang terdiri daripada Shelly Craft, Laura Csortan, Andrew Daddo, Ernie Dingo, Sophie Falkiner, Jennifer Hawkins, Diane Smith dan Tom Williams akan menjelajah ke seluruh dunia termasuk Australia untuk mengalami sendiri pengalaman percutian yang terbaik.

TravelOz Setiap Ahad jam 5.30 petang

Siri TravelOz akan membawa penonton untuk merasai sendiri pengalaman dan penemuan menarik yang mendebarkan.

Musim baru siri ini akan memaparkan destinasi pelancongan yang menarik di Australia, pemandangan hebat, pengalaman mendebarkan, budaya unik, hidupan liar serta pelbagai sambutan perayaan yang sensasi dan menakjubkan.

Pasukan TravelOz mengembara menyusuri dari kawasan pantai hingga ke red centre, dari kawasan tempat bermain ski hingga ke kawasan yang penuh dengan bunga-bunga indah dan pelbagai lagi.

Setiap minggu TravelOz akan menampilkan kepelbagaian daripada segi jalan cerita yang berkisarkan tentang hotel-hotel mewah, rumah-rumah bersejarah, kapal layer mewah yang selesa, harta karun, perayaan-perayaan hebat yang meriah serta pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika berada di kawasan-kawasan terpilih.

Totally Wild Isnin hingga Jumaat, 10.30 pagi dan 4.30 petang

Program Totally Wild yang disasarkan untuk golongan yang agak berusia ini menawarkan siri hebat penuh informasi yang pastinya amat memuaskan serta menghiburkan. Siri ini turut menampilkan minat golongan muda masa kini yang secara tidak langsung masih membayangi masa lalu, pembabitan, pencapaian serta pandangan mereka.

Play School Isnin hingga Jumaat, 9.30 pagi dan 3 petang

Khusus ditujukan buat kanak-kanak pra-sekolah, program Play School ini akan menggalakkan mereka untuk berasa kagum, berfikir, mengambil bahagian dan membayangkan sesuatu. Setiap minggu program ini mempunyai tema berlainan yang setiap satunya mengandungi pelbagai cerita, lagu dan idea permainan yang boleh menggalakkan mereka untuk mencipta dan melakukan sesuatu mengikut tema yang telah ditetapkan.

Bananas in Pyjamas Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi

Mari berhibur bersama B1 dan B2, Rat-in-A-Hat yang nakal serta tiga ekor patung beruang iaitu Amy, Lulu dan Morgan.

Artikel Lain