suria

'Shanghai Knights' pembuka tirai filem menarik di TV3

Filem Bollywood 'Baabul' gandingan mantap Amitabh Bachchan, Hema Malini, Rani Mukherjee dan Salman Khan.
Filem Bollywood 'Baabul' gandingan mantap Amitabh Bachchan, Hema Malini, Rani Mukherjee dan Salman Khan.
Filem Bollywood 'Baabul' gandingan mantap Amitabh Bachchan, Hema Malini, Rani Mukherjee dan Salman Khan.

WARNA-WARNI kemeriahan program TV3 dimulakan dengan filem Hindi menarik bertajuk 'Baabul' dalam slot Panggung Sabtu yang semestinya sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Terutama kepada peminat setia bintang lagenda Bollywood, Amitabh Bachan dan Hema Malini pastikan anda tidak melepaskan peluang menontonnya.

Baabul, sebuah filem menarik yang mengisahkan bagaimana pasangan suami isteri yang sentiasa ingin memberikan yag terbaik kepada menantu mereka setelah kematian tragis anak lelaki mereka.

Berita gembira untuk adik cilik, pastikan temujanji anda di Tahun Baru dengan hidangan istimewa seperti Disney’s Genius, Barbie’s Pollyworld dan Ultraman Mebius & Ultraman Brothers.

Bagi penggemar filem aksi dan komedi ringan jangan ketinggalan untuk menyaksikan dua filem blockbuster yang pastinya menyemarakkan hari cuti anda.

Tontoni penerbit dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow beraksi dalam Kung Fu Hustle, filem yang dilengkapi dengan kesan CGI yang mantap dan pernah mengungguli beberapa anugerah.

Manakala filem Starsky & Hutch menjanjikan gelak tawa yang berpanjangan yang merupakan pembikinan semula drama siri poular di Amerika sekitar tahun 70-an, menampilkan Owen Wilson dan Ben Stiller sebagai teraju utama.

Slot Mega Movie yang sentiasa menjanjikan kepuasan kepada para penonton tidak menghampakan peminat setianya dengan memaparkan filem blocbuster istimewa sepanjang bulan Januari yang dibintangi oleh bintang ternama seperti Russell Crowe, Matthew McConaughey, Will Smith, Johnny Depp beraksi dalam Master and Commander, Frailty, I:Robot dan Pirates of Carribean – The Curse of the Black Pearl respectively.

Dengan sajian hebat program yang TV3 tawarkan di bulan permulaan Tahun Baru, apa yang anda perlukan hanyalah berselesa di atas sofa sambil memetik alat kawalan jauh!

Panggung Sabtu: Baabul 27 Disember 2008, 2.00petang

Balraj kapoor merupakan ahli perniagaan yang kaya hidup bersama isterinya, Shobna dan anak lelakinya Avinash. Setelah dewasa Avinash bertemu dengan Millie lalu mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Rakan baik Millie iaitu Rajat merupakan pemuzik dan menyimpan perasaan terhadap Millie.

Mengetahui tentang perkahwinan Millie, Rajat tumpang gembira tetapi dia membawa diri ke Eropah untuk meneruskan kerjayanya di dalam bidang muzik. Namun, kejadian malang berlaku apabila Avinash ditimpa kemalangan jalan raya dan meninggal dunia.

Millie berduka dan hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Balraj yang sedih melihat keadaan menantunya itu, tekad untuk mencari pengganti Avinash. Tetapi hasratnya itu mendapat tentangan dari pelbagai pihak. Apakah yang terjadi seterusnya?

Pelakon: Amitabh Bachchan, Hema Malini, Salman Khan, Rani Mukherjee, John

TV3 Kids Special: Disney’s Genius 29 Disember 2008, 9.00pagi

Charlie, seorang yang pandai dalam sains, penggemar hoki dan di sekeliling bijak pandai merasa bosan kerana tidak berkawan. Berada dalam kolej sebelum berumur 14 tahun membantu seorang saintis yang mencuba untuk melawan graviti sudah cukup teruk baginya.

Jadi, bagi membuat hidupnya bagaimana yang dia mahukan, Charlie mencipta dirinya dengan mengambil pada imej seorang pemalas / budak jahat dan mendaftarkan diri dalam sekolah menengah. Tetapi menjadi dua orang amatlah susah walaupun untuk seorang yang pintar.

Pearl Screen: Kung Fu Hustle 29 Disember 2008, 10.00pm

Sing bercita-cita untuk menjadi salah seorang ahli Geng Kapak yang ganas dan sofisikated. Tersandung masuk ke kawasan pangsapuri yang sesak, dan dikenali sebagai “Pig Sty Ally’, Sing cuba memeras ugut wang dari penduduk-penduduk di situ, namun mereka bukanlah seperti yang disangkakan.

Percubaan Sing memeras ugut secara tidak disedari menarik kumpulan Geng Kapak ke kancah pergaduhan, mengakibatkan terjadinya kejadian-kejadian yang memaksa kedua-duanya bersemuka. Sebagai penduduk di situ, orang-orang di Pig Sty mempertahankan tempat tinggal mereka.

Tetapi bagi Sing, walaupun percubaan sia-sia, tidak mempunyai jiwa seorang pembunuh dia mesti berhadapan dengan mautnya sendiri bagi mencari sifat sebenar seorang ahli kung fu yang handal. Pelakon: Stephen Chow, Yuen Wah, Yuen Qiu

Malaysia @ 2008 31 Disember 2008, 12.30 pagi

Program ini merupakan imbasan pelbagai peristiwa pahit manis yang berlaku di Malaysia sepanjang 2008. Sorotan bertumpu kepada peristiwa-peristiwa tempatan dan luar negara yang membawa impak besar kepada rakyat Malaysia.

Antara segmen yang menjadi paparan termasuklah segmen Yang Tersurat Dan Tersirat, yang memaparkan semua peristiwa dan kejadian yang berlaku dalam arena politik tanahair sepanjang 2008 dan segmen Tangis Dan Tawa, memaparkan kejadian-kejadian membabitkan masyarakat seperti budak hilang, rampasan kapal, kejadian tanah runtuh dan lain-lain.

Segment Ringgit Dan Sen mula memaparkan semua kejadian membabitkan ekonomi negara termasuk krisis kewangan global, krisis makanan, kenaikan harga minyak dan krisis sub prima.

Segmen Peluh Dan Keringat pula memaparkan kejayaan dan kegagalan dalam arena sukan tanah air manakala segmen Pahit Dan Manis merupakan Imbasan peristiwa-peristiwa yang tidak kurang pentingnya dalam bentuk visual, grafik dan muzik. Pengacara: Mohd Izwan Azir Salleh

Kids New Year Movie Special: Barbie Pollyworld 1 Januari 2009, 9.00 pagi

Polly Pocket muncul dalam filem pertamanya Pollyworld. Sertai Polly apabila dia muncul dalam dunia yang memukaukan dan taman yang penuh dengan raksasa yang boleh ditunggangi .

New Year Movie Special: Starsky and Hutch 1 Januari 2009, 2.00 petang

Dalam tahun 1970 di Bandar yang dipanggil ‘Bay City’ filem ini mengisahkan dua orang detektif polis, Ken ‘Hutch’ Hutchinson (Wilson), dan Dave Starsky (Stiller) yang sentiasa mendapat kes yang susah untuk diselesaikan. Pelakon: Ben Stiller, Owen Wilson, Snoop Dogg, Fred Williamson, Vince Vaughn, Juliette Lewis, Jason Bateman, Carmen Electra, Amy Smart.

New Year Movie Special: Shanghai Knights 1 Januari 2009, 12.30 tengahmalam

Apabila pemberontak Cina telah melakukan pembunuhan terhadap bapa Chon dan bersembunyi di England, Chon dan Roy menjejakinya di London untuk membalas dendam. Kakak Chon, Lin, juga mempunyai idea yang sama dan mendapat tahu satu konspirasi pembunuhan keluarga di raja. Namun, tiada siapa yang mempercayainya. Pelakon: Jackie Chan, Omen Wilson, Aaron Johnson, Tom Fisher, Aidan Gillen. TV3 Kids New Year Special: Ultraman Mebius & Ultraman Brothers 2 Januari 2009, 10.00 malam

20 tahun lalu di Jepun, adik-beradik Ultra yang terkenal bertarung dalam pertempuran yang terbesar dalam hidup mereka, yang menyaksikan mereka dengan jayanya mengalahkan seorang penentang paling berbahaya. Bagaimanapun, keadaan mula menjadi rumit apabila kedua-dua wira itu terpaksa berjuang mencari cara-cara menghapuskan raksasa yang ditawan untuk selama-lamanya.

MEGA MOVIE JANUARY BLOCKBUSTER SPECIALS

Mega Movie: Frailty 2 Januari 2009, 10.00malam

Fenton Meeks (Matthew McConaughey), muncul untuk memberitahu FBI yang abangnya Adam mungkin seorang pembunuh bersiri yang menamakan dirinya sebagai God’s Hands yang dicari oleh FBI. Fenton melihat ayahnya sebagai seorang syaitan, manakala Adam melihatnya sebagai seorang wira. Pelakon: Matthew McConaughey, Bill Paxton, Powers Boothe, Matt O'Leary, Jeremy Sumpter, Luke Askew

Mega Movie: I Robot 9 Januari 2009, 10.00malam

Selepas dekad 2035, robot merupakan objek harian yang diprogramkan untuk hidup bersama manusia. Detektif Del Spooner terpanggil untuk menyiasat kes bunuh diri seorang saintis di sebalik kejadian robot-robot ini iaitu Dr. Alfred Lanning. Spooner mengesyaki kematian tersebut bukan disebabkan bunuh diri tetapi disebabkan oleh salah satu dari robot tersebut. Pelakon: Will Smith, Bridget Moynahan, Alan Tudyk, James Cromwell, Bruce Greenwood, Adrian Ricard

Mega Movie: Pirates of The Caribbean-The Curse Of The Black Pearl 23 Januari 2009, 10.00malam

Ikuti penggambaraan Kapten Jack Sparrow, seorang lanun handal bersama-sama dengan dan Will Turner yang merupakan tukang besi yang pinta di dalam usaha mereka mencari Elizabeth Swann. Elizabeth ialah anak perempuan gabenor dan kekasih Will telah diculik oleh Kapten Barbossa yang digeruni. Tanpa pengetahuan mereka, Barbossa yang garang dan bijak sebenarnya telah disumpah. Pelakon: Johnny Depp, Geoffrey Rush, Orlando Bloom, Keira Knightley, Jack Davenport, Jonathan Pryce

Mega Movie: Master And Commander – The Far Side Of The World 30 Jan 2009, 10.00malam

Sekitar tahun 1805, Europe telah jatuh ke tangan Napoleon dan Royal Navy sedang menanti saat kemenangan mereka. Namun di South Amerika konflik yang baru pula muncul. Kapten Jack, “Lucky Jack” Aubrey (Russel Crowe) menerima arahan untuk menenggelamkan dan menawan the French privateer Acheron yang telah diatur di sebuah kawasan. Pelakon: Russell Crowe, Paul Bettany, James D'Arcy, Edward Woodall, Chris Larkin, Max Pirkis

Selamat menyambut Tahun Baru

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain