suria

Spa Q 2: Penerbit nafi Betty digugurkan?

Spa Q 2 memperkenalkan pendukung watak baru seperti Jasmin Hamid, Zizie Izette, Fouziah Ghouse di samping mengekalkan pelakon Norish, Ifa Raziah, Azizah Mahzan dan Faradhiya.
Spa Q 2 memperkenalkan pendukung watak baru seperti Jasmin Hamid, Zizie Izette, Fouziah Ghouse di samping mengekalkan pelakon Norish, Ifa Raziah, Azizah Mahzan dan Faradhiya.
Spa Q 2 memperkenalkan pendukung watak baru seperti Jasmin Hamid, Zizie Izette, Fouziah Ghouse di samping mengekalkan pelakon Norish, Ifa Raziah, Azizah Mahzan dan Faradhiya.

Walau drama bersiri Spa Q 2 kembali menemui penonton dengan musim baru, gaya baru, watak baru dan jalan cerita yang lebih menarik, ada juga yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan pemilihan pelakon pada musim ini.

Sejak ke udara minggu lepas, muka-muka lama seperti pelakon Betty Banafe, Azizan Nin dan Elly Mazlein sudah tidak lagi kelihatan. Kali ini Spa Q 2 lebih yakin menampilkan watak-watak baru yang dibawa oleh Jasmin Hamid, Zizie Ezette, Fouziah Ghouse, Sharifah Sofia selain mengekalkan pelakon lama seperti Norish, Ifa Raziah, Azizah Mahzan dan Farahdhiya.

Pelbagai alasan diberikan kenapa muka lama digugurkan. Ada yang kata kehendak penerbit, stesen TV dan penulis skrip. Tidak dapat mengagak mana satu yang betul.

Ketika diajukan kepada produser Global Station Zaiton Mohd Jiwa, beliau berkata, hanya pelakon utama Spa Q dikekalkan.

"Watak-watak lain hanya untuk mencantikkan cerita. Kami hanya mengekalkan pelakon asal seperti Norish Karman, Azizah Mahzan, Farahdhiya," jelas beliau.

Katanya, Elly Mazlein ada mendapat tawaran tetapi menolak kerana tidak dapat memberi komitmen.

Katanya lagi, "Pemilihan pelakon pada mulanya dibuat oleh penerbit, pengarah dan penulis skrip tetapi keputusan pemilihan pelakon ditetapkan oleh TV3.

"Pihak TV3 lebih berkuasa menetapkan siapa pelakon yang mereka inginkan," kata Zaiton.

Menurut Zaiton, Betty bukan disingkirkan tetapi watak Nora yang dipegangnya telah tamat dalam Spa Q musim pertama.

Musim baru Spa Q sememangnya membawa cerita yang lebih panas dan menarik kerana setiap episod menjanjikan bermacam drama, konflik dan kelainan dari musim lama.

Antara kelainan yang cuba diterapkan selain jalan cerita dan pendukung watak ialah lagu tema Spa Q 2 ialah Pada CintaNya, ciptaan Audi Mok lirik oleh Rina Khan menggantikan lagu lama Ku Mahu.

Kehebatan cabaran yang dihadapi oleh Qistina (lakonan Norish Karman)merupakan titik tolak pelbagai cerita yang terkandung dalam drama 60 episod ini.

Qistina terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik setelah kematian suaminya. Bukan sahaja dari segi konflik keluarga, Qistina juga turut diasak musuh-musuh perniagaannya yang mula bersatu untuk menjatuhkan Spa Q.

Musuh-musuh Qistina merupakan bekas kakitangan Spa Q. Kemunculan Datin Sofira (lakonan Jasmin Hamid), yang disenangi Qistina tidak sangka-sangka ingin membalas dendam terhadapnya.

Siapapun barisan pelakon yang diharapkan untuk musim baru ini, yang menariknya, drama kehidupan pendukung-pendukung watak utama pada musim baru ini juga sehebat watak yang mereka lakonkan.

Artikel Lain