suria

Dua saluran percuma Astro tanda terima kasih

Antara drama yang akan disiarkan di rangkaian percuma Astro.
Antara drama yang akan disiarkan di rangkaian percuma Astro.
Antara drama yang akan disiarkan di rangkaian percuma Astro.

ASTRO membawa Astro Fiesta di saluran 808 dan 809 Penonton Astro berpeluang untuk menonton pelbagai program hebat menerusi dua saluran percuma - Astro Fiesta di Saluran 808 dan Saluran 809, yang akan mula siarannya secara percuma mulai 27 Disember 2008 – 18 Januari 2009.

Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata, “Sebagai mengingati sokongan padu yang diberi oleh pelanggan dan penonton kepada Astro, kami membawakan kandungan tempatan dan antarabangsa yang terbaik melalui dua saluran percuma di bawah Astro Fiesta.

"Inisiatif kami untuk membawakan dua saluran percuma kepada penonton ini adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala sokongan mereka kepada Astro selama ini.”

Astro Fiesta di Saluran 808 membariskan pelbagai program yang hebat, antaranya termasuklah persembahan konsert antarabangsa yang menampilkan penyanyi unggul terkemuka Mariah Carey, kumpulan lagenda Eagles dan Bon Jovi, barisan drama dan filem seperti drama Melayu popular ‘Layang- Layang’, komedi Cina, ‘The Pretty Women’ yang dibintangi oleh Cecilia Yip dan Ray Lui serta filem klasik Hindi yang popular ‘Sangam' dan Bobby’ yang dibintangi Rishi Kapoor.

Pemilihan program-program hebat ini adalah tepat dan amat sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga pada musim perayaan ini.

Selain itu juga para peminat program cereka sains dan paranormal pula pastinya akan teruja dengan kehadiran saluran Astro Fiesta yang kedua melalui Saluran 809. Saluran 809 pula membawakan barisan program daripada AXN Beyond, yang akan ke udara di kaca televisyen Malaysia untuk kali yang pertama menerusi Astro.

Saluran yang sememangnya akan menjanjikan kepuasan ini akan membawa anda meneroka ke dunia mistik yang pasti akan menguji minda dan imaginasi anda menerusi barisan program eksklusif dan hit yang terkenal dan

juga saluran AXN dan Animax termasuklah genre program cereka sains, fantasi, seram, suspen dan paranormal. Astro Fiesta Saluran 809 pasti akan

membuat penonton Astro sentiasa melekat di kaca televisyen mereka dengan siri-siri yang telah memenangi beberapa anugerah termasuklah ‘Lost Season 4’ dan ‘Supernatural Musim 3’.

Program popular yang lain di AXN Beyond termasuklah siri yang berasaskan komik popular ‘Painkiller Jane’ dan ‘The Middleman’, dan siri Stephen King,

‘Nightmares and Dreamscapes’, yang memaparkan hasil penulisan Stephen King yang terkemuka dan menggerunkan hingga ke hari ini.

Tontoni Astro Fiesta di Saluran 808 dan Saluran 809 pada 27 Disember 2008 mulai 12 pagi untuk hiburan yang berterusan pada musim perayaan ini.

Artikel Lain