suria

Healing jadi naik angin! Dr Malar bengang sikap ejen, resort pula bayar beribu tak ada housekeeping… Tuala pun kedekut

Dr Malar kesal ejen pelancongan meminta dia membuat bayaran tambahan atas alasan tak munasabah.

PEMPENGARUH media sosial, Dr Malar Santhi Santherasegapan meluahkan rasa kecewa apabila percutiannya ke Pulau Redang tidak berjalan seperti yang dirancang.

Dia yang senang disapa Dr Malar mendakwa sebuah agensi pelancongan bersikap acuh tak acuh, sekali gus merosakkan jadual perjalanannya ke pulau peranginan berkenaan.

"Respons (ejen) lembab sangat. Mesih tak berbalas berhati-hari. Call tak angkat. Kita bayar dia, kita pula kena kejar. Lepas dah habis bayar full, dia pun dah bagi resit, confirmation semua.

dr malar 2

Dr Malar mendakwa dia terpaksa membersihkan sendiri bilik inapannya di seuah resort.

"Tiba-tiba dia minta tambah bayar dalam RM400. Sekali lagi saya melenting. Kenapa nak tambah? Kan pihak awak dah keluarkan qoutation sejak awal? Katanya sebab tarikh kami pergi tarikh peak. Ya itu saya tahu, sejak awal saya book tarikh sama.

"Kenapa baru sekarang dah confirm baru nak gunakan taktik untuk minta tambah duit. Memang saya fight. Tapi budak tu sebut minta maaf. Jadi saya cair hati dan bayar je. Bukan tak mampu bayar tambahan, cuma tak suka taktik tak jujur peniaga," ujar Dr Malar.

Menurut pegawai perubatan itu yang bercuti bersama ahli keluarganya, dia sekali lagi kesal apabila dihalang menaiki bot ke pulau berkenaan disebabkan ejen yang gagal membayar wang tempahan kepada pihak resort.

Air dia kotor warna coklat, kena cari air mineral untuk jerang air. Tapi hotel tak sedia air mineral.

DR MALAR SANTHI SANTHERASEGAPAN

"Bila sampai jeti. Orang resort nak jemput kami. Saya diberitahu ejen tak bayar lagi kat resort. Jadi kami tak boleh naik bot. Dengan selamba mamat dari resort tu kata, tak apalah, you all check in lambat. Memang buat hal betul agensi ni. Sekali lagi saya 'berbulu' habis.

"Kenapa pula saya kena check in lambat, dah la panas kat jeti tu, kami ni angkut budak-budak. Jadi kami call agensi dari jeti tu, haram tak berangkat! Mamat wakil resort tu pun tak profesional langsung. Dia kutuk agensi tu depan-depan kami," ceritanya lagi.

Tidak terhenti di situ, Dr Malar mendakwa dia turut berdepan banyak masalah ketika menginap di sebuah resort berhadapan panorama pantai di pulau berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Doktor India nasihat umat Islam hati-hati berimej Bollywood, takut jatuh haram... Mufti tegur hukum pakai pottu di dahi

ARTIKEL BERKAITAN: “Lebih stres layan kamu daripada lawan Covid-19” - Konon prihatin, doktor ‘sekolahkan’ golongan penyibuk ketika pandemik demi nak membawang

Tambah Dr Malar, dia kecewa apabila hasratnya untuk bercuti dengan tenang terbantut kerana resort tersebut tidak menyediakan perkhidmatan yang sepatutnya diterima pelanggan, sebagaimana di resort-resort lain.

"Tiada housekeeping. Saya tak tahu normal ke tidak, tapi bayangkan bayar beribu-ribu, datang holiday nak rehat nak healing, alih-alih saya kena kemas bilik, sapu bilik, basuh tandas apa bagai. Owner untung juta-juta, tak nak bayar housekeeping, customer pula merana.

"Sampah pun tak diambil setiap hari, rimas mata tengok bakul sampah tak clear. Saya bawa shower gel sendiri. Tak ada tempat nak letak. Letaklah atas lantai je masa mandi. Biliknya tiada televisyen, tiada air mineral dan telefon. Jadi tak boleh call reception. Air dia kotor warna coklat, kena cari air mineral untuk jerang air. Tapi hotel tak sedia air mineral.

"Kalau nak tukar tuala, kita kena berjalan bawa tuala ke reception. Dan dia akan datang ke bilik lepas tu. Saya dah tukar hari kedua. Bila nak tukar sekali lagi hari ketiga, budak reception tak bagi. Dia kata kalau empat hari tiga malam boleh tukar dua kali. Kalau tiga hari dua malam, sekali je," dakwanya lagi.

file77n51dt1fr718kz1zlwj

Kehidupan marin yang menjadi tarikan pelancongan di Redang. -Gambar hiasan

Menerusi luahan panjang lebar di Facebook, Dr Malar turut menegur kualiti makanan di resort berkenaan yang dikatakan tidak mencapai standard biasa dan dianggap setaraf juadah dewan makan asrama sahaja.

Akhir bicara, Dr Malar berkata dia sekeluarga tetap seronok dapat berkunjung ke destinasi peranginan itu, namun kecewa dengan khidmat resort serta agensi pelancongan yang disebutnya.

"Nasib baiklah dalam trip ni kami sewa private bot untuk pergi tengok turtle dan tengok deep water corals dan ikan-ikan. Kami sewa bot Pok Di, dia baik dan sporting sangat.

"Next time kitaorang nak book bilik direct kepada hotel, cari hotel yang best. Lepas tu cari private bot untuk water activity, tak pyah ambil pakej yang kononnya semua included tapi akhirnya dia orang suruh bayar again and again and again," tulisnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain