suria

Pelanggan selamba bawa anjing lepak mamak, pekerja pantas bertindak terus cuci kerusi dan meja

Tindakan pelanggan membawa anjing ke restoran Mamak mengundang kecaman ramai.

FOTO memaparkan dua pelanggan wanita bersama seekor anjing di dalam sebuah restoran mamak di Bukit Sentosa, Rawang ternyata menimbulkan kemarahan ramai.

Menurut pemilik Facebook Tahir Salam, pekerja restoran memberikan teguran selepas menyedari salah seorang daripada mereka membawa seekor anjing ke dalam premis berkenaan.

"Mula-mula seorang yang order makan. Lepas dah hidang dan pekerja kalih (toleh) ke belakang dan layan orang lain, tiba-tiba seorang lagi datang dengan anjing tapi pekerja tak perasan.

"Selepas nampak dia pergi tegur dan mereka mohon maaf dan terus beredar," tulis Tahir Salam yang dipercayai pengusaha restoran berkenaan.

Dalam posting berasingan, dia turut memuat naik beberapa foto, memaparkan seorang pekerja sedang membersihkan kerusi serta meja yang digunakan pelanggan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya tak nak bersubahat, nanti restoran saya terlibat dosa" - Tauke kedai makan enggan derma sisa makanan untuk anjing

"Bukan berlakon ya. Benda dah terjadi, Yang penting kita ambil tindakan atas dasar tanggungjawab sebagai orang Islam," tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyelar tindakan pelanggan yang membawa anjing ke restoran berkenaan.

Pada masa sama, netizen turut memuji tindakan pantas restoran itu yang terus membersihkan kerusi serta meja berkenaan.

"Kes selesai. Ambil ni sebagai pengajaran untuk kita semua. Kalau nampak di mana-mana, terus tegur dan beritahu owner kerusi meja tak boleh digunakan lagi.

"Terima kasih kerana kepekaan dan prihatin pihak pengurusan. Salute.

"Alhamdulillah, sepatutnya dan semoga semua faham dah adab dan ilmu pelihara binatang," tulis beberapa netizen.

Menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor, anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah iaitu najis berat yang apabila disentuh wajib disertu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain